Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM

Maklumat Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 adalah seperti berikut:

JawatanPerajurit Muda (PJM) Udara TUDM Siri 70/25 (Wanita)
Gaji Permulaan– Latihan Perajurit Muda (6 Bulan): RM 1,925.00
– Skim SPM / SVM: RM 2,035.00
– Skim SKM Tahap 2: RM 2,107.00
– Skim SKM Tahap 3: RM 2,179.00
– Skim Diploma Kejuruteraan: RM 2,539.00
**Jumlah Termasuk Elaun Khidmat (RM115) Dan Bayaran Khas ATM (RM200)
Kenaikan TahunanKenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
Bayaran Elaun Dan InsentifBayaran Insentif Khas Pasukan Udara, Bayaran Insentif Krew Kapal Terbang, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan.
**Tertakluk Kepada Syarat Dan Kelayakan
KeistimewaanRawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waran perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang serta caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Tarikh Tutup Permohonan30 Jun 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 ini adalah seperti yang berikut:

  • Wanita Warganegara Malaysia.
  • Tidak berkahwin atau bujang.
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2025.
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  • Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
  • Lepasan Diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
  • Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan yang berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.
  • Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
  • Calon-calon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Fizik.
  • Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  • Syarat minimum ukuran fizikal adalah seperti ketetapan berikut:
Tinggi Minimum1.60 m
Berat Minimum46.0 kg
BMI18 hingga 25

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi di bawah.

Borang permohonan Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 secara atas talian telah dibuka bermula 20 Mei 2025 sehingga 30 Jun 2025. Pastikan anda mempunyai akaun pemohon untuk memohon.

Bagi Pusat Pemilihan Zon Sabah dan Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2025.

Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemilihan adalah tidak diterima.

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 1
Mohon perhatian, iklan Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 70/25 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More