Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong NIBM Tahun 2025

Jawatan Kosong NIBM kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong NIBM

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden.

Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor.

Maklumat Jawatan Kosong NIBM yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPenolong Eksekutif Pembangunan Perniagaan & Pengurusan Inovasi Gred 14
Taraf JawatanKontrak
Lokasi PenempatanIbu Pejabat NIBM, Serdang, Selangor
Tarikh Tutup Permohonan5 Jun 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong NIBM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mempunyai Diploma dalam Perniagaan / Undang-Udang / Sains Hayat / Sains Sosial atau bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam akaun penerimaan, penulisan dan pembentangan proposal perniagaan, jualan dan pemasaran adalah satu kelebihan.
  5. Calon hendaklah berkemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office, Canva and Publisher.
  6. Calon hendaklah berkemahiran dalam komunikasi secara bertulis dan lisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  7. Berpengalaman dalam mengendalikan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan perniagaan.
  8. Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:
  • Melaksanakan tugas pentadbiran yang berkaitan dengan pengurusan fail rekod dokumen, surat menyurat, memo, minit mesyuarat, percetakan dokumen dan menyaring panggilan telefon.
  • Membantu menyediakan keperluan dan menyeleras mesyuarat dalaman Business Development and Innovation Management Deparment (BDIM) atau mesyuarat berkaitan urusan Jabatan serta menyediakan keperluan logistik bagi aktiviti yang dijalankan.
  • Membantu aktiviti berkaitan pemasaran dan promosi produk NIBM secara offline dan online serta inisiatif MOSTI.
  • Menyelaras ruang simpanan, pemfailan dan stok cenderahati.
  • Membantu tugasan semakan susulan bagi semua aktiviti dan urusan Jabatan.
  • Membantu Pengurus BDIM merekod, mengemaskini dan melapor perbelanjaan operasi Jabatan.
  • Menerima dan melaksanakan arahan tugasan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi serta salinan sijil-sijil berkaitan kepada alamat atau e-mel yang tertera di bawah sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 5 Jun 2025 (Khamis).

JABATAN SUMBER MANUSIA,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Ibu Pejabat, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
Jalan Bioteknologi, 43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 – 8949 5600
E-mel: [email protected]

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah beranggapan bahawa permohonan tuan / puan tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong NIBM Tahun 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong NIBM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong NIBM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More