Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Kebaikan Kacang Soya untuk Kesihatan Anda

Isi Kandungan

6 Kebaikan Kacang Soya untuk Kesihatan Anda

Kacang soya asalah satu sumber tumbuhan yang sangat bagus untuk melengkapkan keperluan asid amino badan.Sumber protein boleh diperolehi daripada haiwan dan protein tumbuhan. 

Mengapa Kacang Soya?

Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Ia tidak mempunyai lemak dan kolestrol.   Ia juga mempunyai isoflavon, yang tiada dalam protein haiwan.

kacang soya
6 Kebaikan Kacang Soya untuk Kesihatan Anda 2

6 Kebaikan Protein Kacang Soya

1.   Menambah tenaga dan stamina

Kaya dengan kandungan vitamin dan mineral yang membantu menambah tenaga dan mengekalkan stamina anda sepanjang hari.

Ia juga mampu membina otot yang lebih kuat dan badan lebih sihat.

2.  Kulit yang lebih cantik

Kulit anda memerlukan protein pada setiap hari kerana setiap hari terdapat banyak sel-sel kulit yang akan mati.  Apabila tubuh badan mendapat protein yang sihat, sel baru yang terbentuk lebih berkualiti dan hasilnya kulit anda akan jadi sangat cantik dan gebu.

3.  Rambut dan kuku yang sihat

Protein sangat penting untuk menghasilkan rambut baru yang lebih sihat dan cantik.

Kuku yang cepat patah dan rapuh adalah salah satu tanda badan anda tidak cukup protein. Sila amalkan protein kacang soya untuk mendapatkan kuku yang lebih kuat, tebal, sihat dan cantik.

4.   Membantu perkembangan bayi yang sihat

Bagi ibu hamil dan juga selepas melahirkan, keperluan protein dalam badan sangat penting untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat.  Bayi di dalam kandungan sangat memerlukan protein yang tinggi untuk membantu pembentukan organ, sel, dan tulang mereka.

Selepas melahirkan, ibu memerlukan protein bagi penghasilan susu ibu yang penuh dengan nutrisi bagi menguatkan antibodi dan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi.  Oleh itu, protein kacang soya adalah pilihan yang terbaik untuk diamalkan bagi membantu perkembangan bayi yang normal dan lebih sihat.

5. Menyokong kesihatan jantung

Mampu menyokong kesihatan jantung anda dengan menurunkan kadar LDL iaitu kolestrol jahat di dalam badan anda.  Selain itu, protein kacang soya mampu membantu menyihatkan saluran darah supaya risiko penyakit jantung, strok dan darah tinggi berkurangan.

6.  Isoflavons mampu mengurangkan risiko kanser

Kandungan Isoflavons di dalam kacang soya mampu membekalkan anda fitokimia secara semulajadi.  Fungsi isoflavons adalah membantu mengurangkan risiko kanser contohnya kanser payudara dan prostat dan ia juga mampu mengurangkan gejala menopaus.

Walaupun isoflavons berfungsi untuk menghasilkan sedikit hormon estrogen tetapi ia tidak menganggu fungsi estrogen yang sedia ada terdapat di dalam badan anda.

Protein kacang soya bagus untuk diamalkan kerana mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan dalaman dan juga luaran yang anda boleh dapat. Untuk mendapatkan lebih lagi info dan kebaikan berkaitan kacang soya, anda boleh layari My Health Kementerian Kesihatan Malaysia

Menarik untuk anda baca: 10 khasiat dan kebaikan nenas batu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More