Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Akaun 3 KWSP Akan Berkuat Kuasa Mulai 11 Mei 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Akaun 3 KWSP untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup Ahli. 

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa, akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

Akaun 3 KWSP Akan Berkuat Kuasa Mulai 11 Mei 2024 1
Akaun 3 KWSP

Akaun Ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

Akaun Persaraan (75%)Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan.
Akaun ini bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.
Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun.
Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Akaun Sejahtera (15%)Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan.
Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:
1. Perumahan.
2. Pendidikan.
3. Kesihatan.
4. Perlindungan Insurans.
5. Haji.
6. Pengeluaran 50 Tahun.
Akaun Fleksibel (10%)Akaun Fleksibel bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Sila rujuk Kenyataan Media Rasmi KWSP untuk ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini.

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk: 

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk Ahli.
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat Ahli.
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan Ahli di masa kini dan masa hadapan.
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Apa Itu Akaun 3 KWSP?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek Ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh Ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Semua Ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Belum mencapai umur 55 tahun.
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  4. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

Cara Pengeluaran Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Apakah Yang Akan Berlaku Dengan Simpanan Sedia Ada Di Dalam Akaun 1 & Akaun 2 Setelah Penstrukturan Semula Akaun KWSP Dilaksanakan?

Baki simpanan di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu akan bermula dengan sifar (0). 

Akaun 3 KWSP Akan Berkuat Kuasa Mulai 11 Mei 2024 2
Akaun 3 KWSP
Akaun 3 KWSP Akan Berkuat Kuasa Mulai 11 Mei 2024 3
Akaun 3 KWSP Akan Berkuat Kuasa Mulai 11 Mei 2024 4
Akaun 3 KWSP Akan Berkuat Kuasa Mulai 11 Mei 2024 5

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 KWSP ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran-saluran rasmi KWSP seperti berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More