Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Agihan Keuntungan (Dividen Tabung Haji) Bagi Tahun 2023/2024

Berikut dikongsikan mengenai dividen tabung haji bagi tahun 2023/2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Pengumuman Dividen Tabung Haji 2023

Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah berlangsung pada 2 April 2024 (Selasa), di Menara TH, Kuala Lumpur dan juga telah bersiaran secara langsung di TV AlHijrah dan Astro Awani.

Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2023 kekal pada kadar 3.10% setelah zakat 2.57% dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Datuk Mohd Na’im Mokhtar
Agihan Keuntungan (Dividen Tabung Haji) Bagi Tahun 2023/2024 1
Dividen Tabung Haji

Tarikh Semakan Agihan Keuntungan TH Tahun 2023

Semakan pengkreditan agihan keuntungan atau dividen tabung haji untuk tahun 2023 ini boleh dibuat mulai 2 April 2024, jam 12.00 tengah hari melalui saluran-saluran berikut:

Aplikasi THiJARI
Portal Internet: Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
ATM: Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB
Agihan Keuntungan (Dividen Tabung Haji) Bagi Tahun 2023/2024 2
Dividen Tabung Haji

Cara Semakan Menggunakan THiJari

Berikut adalah cara membuat semakan pengkreditan agihan keuntungan atau dividen tabung haji 2023/2024 secara online melalui portal THiJARI.

  1. Layari laman web rasmi THiJARI.
  2. Masukkan ID Pengguna yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI. 
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
  5. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’. Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2023.

Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan TH

Sebelum anda membuat semakan, pastikan semua kriteria dibawah dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima agihan keuntungan atau dividen tabung haji 2023/2024, iaitu

  1. Telah membuka akaun sebelum / pada 5 Disember bagi tahun kewangan terlibat.
  2. Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat.
  3. Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan, tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.

Pendeposit Tidak Perlu Lagi Membayar Zakat Setelah Menerima Dividen TH

Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat pendeposit.

Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.

Sejarah Kadar Dividen Tahun Lalu TH

TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan TH bagi tahun 2023 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Berikut adalah kadar agihan keuntungan atau dividen tabung haji yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya.

TahunKadar Agihan Keuntungan / Dividen TH
19949.5%
19959.5%
19969.5%
19979.5%
19988.0%
19998.0%
20005.5%
20013.25%
20023.5%
20034.0%
20044.3%
20054.5%
20064.75%
20075.0% + 2.0% Bonus
20085.0%
20095.0%
20105.5%
20116.0%
20126.5% + 1.5% Bonus
20136.0% + 2.0% Bonus
20146.25% + 2% Bonus
20155% + 3% Bonus
20164.25% + 1.50% Bonus
20174.25% + 1.75%
20181.25%
20193.05%
20203.10%
20213.10%
20223.10%
Dividen Tabung Haji

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Dividen Tabung Haji ini, sila rujuk Tabung Haji Contact Centre (THCC) melalui saluran-saluran berikut:

Waktu Operasi adalah bermula 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Beroperasi pada hari Isnin sehingga Ahad, kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More