Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Akaun 3 KWSP Akan Diperkenalkan

Akaun 3 KWSP dijangka bakal diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pencarum baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 KWSP itu adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli. Selain itu, dengan adanya Akaun 3 KWSP itu juga ia bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Isi Kandungan

Apakah Akaun 3 KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, perkara itu perlu mengambil kira tahap disiplin pencarum agar tidak berlaku kekerapan pengeluaran.

KWSP perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.

Tujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan.

Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Akaun 3 KWSP

Apakah Syarat Dan Kelebihan Jika Memiliki Akaun 3 KWSP Akan Datang?

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

  • Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.
  • Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
  • Selain itu, Akaun 3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
  • Walaupun tujuan Akaun 3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
  • Struktur skim simpanan KWSP ketika ini bagi ahli berumur bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.
  • Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan mempunyai dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.
  • Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.
  • Akaun Emas pula ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli berumur 55 tahun dan mana-mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur itu akan dikreditkan ke akaun berkenaan dan hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.
  • Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.
  • Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.
  • Kebanyakkan negara lain telah beralih kepada mekanisme sebegini.
  • Segelintir negara yang masih mengamalkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim umpama pencen pada peringkat nasional.

Bilakah Tarikh Pelaksanaan Akaun 3 KWSP Ini Akan Bermula?

Cadangan ini masih diteliti dan tarikh pelaksanaan masih belum ditentukan.

Sumber: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 KWSP ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More