Sumber Rujukan Globalisasi Anda

APA ITU ASB? APA HUKUM ASB?

Apa itu ASB? Adakah ia masih relevan pada 2020? Persoalan ini kian timbul di kalangan pemegang saham ASB berikutan pasaran saham yang tidak menentu sejak wabak covid 19 melanda dunia awal tahun ini.

Menurut Harian Metro, prestasi pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) di bawah kendalian Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hanya dapat diketahui pada bulan Disember untuk tahun 2020. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, pihaknya sedar banyak pihak mengikut rapat prestasi ASB khususnya dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Apa itu asb? ZETI pada sidang media maya sempena pelancaran Minggu Saham Digital (MSD). FOTO Ihsan PNB
Gambar Ehsan PNB.

Pada tahun lalu, ASB mencatatkan pendapatan 5.0 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. Manakala pada 2018, pendapatan ASB dicatatkan 6.5 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini tidak menjejaskan trend pelaburan dalam kalangan pemegang unit amanah kendalian ASNB. Malah, tiada pengeluaran besar-besaran dilakukan dalam kalangan pemegang unit.

Isi Kandungan

Apa Itu ASB

ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasiaonal Berhad pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Simpanan alternatif ASB boleh menjana pulangan/keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten. Maksudnya, pulangan setiap tahun yang anda akan terima adalah konsisten. ASB juga dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu sudah tetap dengan harga RM1.00. Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tidak akan dikenakan caj.

Anda perlu tahu yang ASB ada had pelaburan, sehingga RM200,000 sahaja. Tapi jangan risau, hanya had pelaburan yang ada had, sekiranya perolehan modal yang anda terima menyebabkan akaun ASB anda lebih RM200,00, ianya tidak dikira sebagai had pelaburan. Anda sebagai pelabur, bebas untuk melabur banyak mana dan bila anda nak melabur, tiada kekangan pun untuk anda melabur. kalau anda ingin membeli unit tambahan juga dibenarkan.

Dengan melabur dalam ASB, anda boleh nikmati dividen tiap-tiap tahun secara konsisten, dan jumlah dividen yang anda akan terima juga berdasarkan jumlah minimum setiap bulan dan modal anda. Kadar dividen yang diberikan tidak kurang dari 5.5%. Walaupun dividen yang anda terima sekarang sudah berkurang, namun pelaburan ASB ni tetap piihan yang lagi baik, terutamanya jika anda tidak mampu untuk melabur dipelaburan lain seperti simpanan tetap. Anda boleh klik sini jika ingin melihat sejarah jadual pulangan.

Bank Yang Sediakan Dana ASB

Anda boleh mulakan pelaburan Dana ASB sama ada melalui bank atau ejen bukan bank:

  1. Maybank
  2. RHB
  3. CIMB
  4. AffinBank
  5. Bank MuamalatMalaysia Berhad
  6. Hong Leong Bank Berhad
  7. Hong Leong Islamic Bank Berhad
  8. Bank Simpanan Nasional
  9. Alliance Bank
  10. Ambank

Ejen bukan bank adalah Pos Malaysia. Disebabkan zaman sudah maju, bank-bank juga sediakan perbankan internet supaya anda senang membuat urusan pelaburan ASB. Selain tu, anda juga boleh gunakan perbankan internet ini untuk menambah atau melanggan lagi unit pelaburan ASB. Jika anda buat pelaburan ASB untuk mak ayah, atau untuk anak-anak anda, anda boleh buat guna servis perbankan internet ini. Ia lebih mudah kerana telah disatukan dalam.

Apa Hukum ASB

Menurut Majalah Labur yang berkongsi penjelasan daripada Tuan Afyan Mat Rawi, berkenaan isu ASB supaya kita semua lebih jelas. Mengikut beliau, ada 3 pandangan ASB yang berbeza tentang ASB. 2 daripadanya yang mahsyur dan 1 lagi adalah pandangan untuk keluar dari khilaf.

Pandangan Pertama

Pandangan paling dominan. Mazhab ini disokong oleh autoriti utama hukum fatwa di Malaysia iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah keluarkan hukum ASB harus sejak tahun 2008. Ia juga turut disokong oleh majlis-majlis fatwa negeri di Malaysia. Terkini, Jabatan Mufti Negeri Selangor memfatwakan ASB adalah harus beberapa bulan lalu.

Selain itu, ia turut disokong oleh beberapa Majlis Penasihat Syariah perbankan Islam. Sekurang-kurangnya 4 perbankan Islam di Malaysia yang mengharuskan ASB dengan mempunyai produk ASB Loan Financing iaitu :

CIMB Islamic Bank,
Maybank Islamic,
RHB Islamic Bank,
AmIslamic Bank.

Difahamkan, tahun 2018 ini akan ada beberapa lagi perbankan Islam yang akan melancarkan produk ASB Loan Financing ini. Jadi kesimpulannya, untuk mazhab ASB ‘harus’ ini, disokong oleh :

Majlis Fatwa Kebangsaan,
13 Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Kebangsaan,
Sekurang-kurangnya 4 Majlis Penasihat Syariah Perbankan Islam.

Pandangan Kedua

ASB ‘Tak Patuh Syariah’. Sebelum keluar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008, ada beberapa Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Negeri yg menolak ASB. Antaranya, Jabatan Mufti Selangor dan Pulau Pinang.

apa itu asb
Fatwa Negeri Selangor. (Sumber Facebook Tuan Afyan)

Ia menjadi polemik peringkat kebangsaan juga apa ia turut disokong oleh beberapa tokoh besar dalam bidang muamalat di Malaysia, sekalipun selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi ASB pada 2008.

Kemuncaknya, pada tahun 2009 telah tersebar satu surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) respons SC berhubung isu patuh syariah ASB.

Dalam surat tersebut, SC memaklumkan bahawa ASB tidak mengikut garis panduan patuh syariah yang ditetapkan oleh SC. Surat itu adalah untuk edaran dalaman bank berkenaan saja, tetapi ia jadi viral.

apa itu asb
Kenyataan dari pihak Suruhanjaya Sekuriti. (Sumber Facebook Tuan Afyan)

Sehingga kini, masih ramai yang berpegang kepada hujahan oleh SC ini. Kesimpulannya, pendapatan menolak keharusan ASB disokong oleh : Suruhanjaya Sekuriti / Security Commission.

Pandangan Ketiga

ASB ‘Harus,’ Tapi Perlu Dibersihkan Sebahagian Dividen. Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016. Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram. Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.

Mana satu pilihan anda?

Tepuk dada, tanya iman dan ilmu. Kesemua autoriti di atas ada kapasiti dalam bidang masing-masing. Majlis Fatwa Kebangsaan berautoriti untuk memberi fatwa hukum hakam Islam di peringkat kebangsaan. Majlis Fatwa negeri pula, berautoriti memberi fatwa di peringkat negeri masing-masing untuk dipraktikkan di peringkat Jabatan Agama negeri.

Penasihat syariah bank pula, berautoriti dalam hal ehwal patuh syariah produk kewangan bank-bank Islam. Manakala penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti pula, mengawal selia kepatuhan syariah instrumen pelaburan. Sama ada kita terima atau tolak, sandarkan kepada ilmu. Bukan pada sentimen semata-mata.

Ia adalah khilaf di kalangan para alim ulama syariah dan muamalat negara ini. Setiap satu mempunyai hujah dan berjalan dengan harmoni di kalangan pihak berautoriti. Jika betul dapat pahala dia, malah jika salah pun dapat satu pahala. Cuma di peringkat bawahan, ia menjadi polemik yang tak berkesudahan.

Dan secara peribadi, saya sangat mengharapkan ASB menjadi satu instrumen yang dapat membantu bumiputera, terutama ekonomi orang Islam, yang diterima status patuh syariahnya oleh semua autoriti berkaitan.

Sumber: Tuan Afyan Mat Rawi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More