Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu Bitcoin?

Jom kita selami apa itu bitcoin? Bitcoin ialah mata wang digital pertama yang pernah dihasilkan dan diguna pakai secara meluas di seluruh dunia dan merupakan tunjang kejayaan kepada mata wang crypto. Semua orang ingin memiliki Bitcoin kerana terdapat potensi yang besar ke atas mata wang digital ini. Tetapi sebelum kita membeli Bitcoin kita kena tahu asal usul Bitcoin. Adakah ia selamat untuk digunakan? Bagaimana nak beli Bitcoin? Dimana anda boleh gunakan?

Asal Usul Bitcoin

Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009 dan diperkenalkan di pasaran saham pada tahun 2009. Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment.

Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal pengeluarannya oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM.

Harga Bitcoin yang paling tinggi mengikut sejarah Bitcoin adalah pada tahun 2017 di mana Bitcoin telah merekodkan harga tertinggi yang hampir mencecah $20,000 untuk sebuah Bitcoin. Peningkatan harga bitcoin telah membuka mata banyak orang untuk membeli Bitcoin sebagai pelaburan di masa akan datang. Cuba anda bayangkan jika anda membeli Bitcoin seawal tahun 2010 di mana harganya kurang daripada $1.00 untuk sebuah Bitcoin mungkin sekarang anda adalah seorang Jutawan.

apa itu bitcoin
Gambar Forbes

Satoshi Nakamoto merupakan pencipta atau pengasas kepada Bitcoin tetapi sehingga ke hari ini tidak sesiapa pun tahu siapakah di sebalik nama Satoshi Nakamoto yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya mencipta mata wang crypto ini. Terdapat beberapa orang yang mengaku yang mereka adalah Satoshi, tapi tidak seorang pun yang mampu membuktikan yang mereka adalah pencipta mata wang crypto yang sangat terkenal dan berharga ini. Walaupun terdapat banyak usaha yang telah dilakukan bagi mengesan Satoshi Nakamoto yang sebenar tetapi usaha-usaha itu tidak berjaya. Mungkin Satoshi Nakamoto lebih mementingkan privasi kehidupan berbanding populariti.

Bagaimana Sistem Bitcoin Berjalan

Secara asasnya Bitcoin adalah fail komputer yang disimpan dalam aplikasi yang dipanggil “Digital Wallet” atau dompet digital. Orang yang mempunyai Bitcoin di dalam dompet digital mereka boleh menghantar Bitcoin kepada orang lain dalam masa yang sama mereka juga boleh menerima Bitcoin daripada orang lain. Setiap transaksi Bitcoin akan direkodkan dalam senarai umum yang dipanggil “Blockchain”. Ia merupakan sistem yang direka bagi merekodkan setiap transaksi Bitcoin agar ia selamat digunakan tanpa membimbangkan risiko penggodaman.

Blockchain adalah teknologi penyimpanan rekod di sebalik rangkaian Bitcoin. Blockchain adalah terdiri daripada setiap “Block” atau blok penyimpanan maklumat digital. Setiap blok ini menyimpan informasi-informasi transaksi yang dilakukan ke atas setiap Bitcoin, sebagai contoh, ia menyimpan maklumat seperti tarikh, masa, amaun transaksi yang dilakukan dan juga siapa yang terlibat dalam transaksi tersebut. Setiap blok ini mempunyai kod yang unik di mana ia dipanggil sebagai “Hash” dan ini membezakan setiap blok dari blok yang lain. Dalam erti kata lain, ia mempunyai nama yang unik bagi setiap blok bagi membezakan setiap Bitcoin yang ada di rangkaian internet.

Ciri-ciri Bitcoin

  • Tak Berpusat

Bitcoin menggunakan rangkaian peer-to-peer yang terdesentralisasi, di mana ia bermaksud Bitcoin tidak dikawal oleh mana-mana badan kerajaan, bank, mahupun syarikat. Pergerakan Bitcoin adalah transparan di mana setiap transaksi yang dilaksanakan ke atasnya akan direkodkan di dalam lejer umum yang diedarkan di rangkaian internet secara besar-besaran. Ini juga bermaksud pihak kerajaan tidak boleh masuk campur ke atas urusan Bitcoin, mereka juga tidak boleh mengesan transaksi yang dilakukan ke atas Bitcoin. Oleh kerana kekurangan daya pemantauan, banyak negara tidak menerima Bitcoin sebagai mata wang yang sah.

  • Kemudahan Pembahagian

Bitcoin bukan sahaja digunakan untuk transaksi-transaksi yang besar, oleh kerana ia boleh dibahagikan kepada lapan perpuluhan ( 100 juta dari satu Bitcoin ) di mana unit terkecilnya disebut sebagai Satoshi. Ini juga membolehkan Bitcoin digunakan untuk urus niaga yang lebih kecil. Satoshi dinamakan sempena pencipta Bitcoin, yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto.

Apakah Menyebabkan Bitcoin Sangat Berharga?

Ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Bitcoin sangat berharga:

➢ Kekurangan Sumber

Oleh kerana ketika Bitcoin dilancarkan pada tahun 2009, penciptanya telah menetapkan bahawa Bitcoin akan dihadkan kepada 21 juta unit sahaja. Tidak seperti wang kertas di mana ia boleh dicetak jika diperlukan, berbeza dengan Bitcoin di mana kuantitinya adalah terhad. Jumlah Bitcoin semasa adalah dalam sekitar 18 juta, ini bermaksud jumlah Bitcoin selepas ia dilancarkan telah berkurang.

Jika kita melihat konteks “Law of Supply and Demand” pengeluaran dan permintaan, ketika jumlah Bitcoin semakin berkurang dan permintaan semakin tinggi, harga sesebuah Bitcoin akan melambung tinggi. Bitcoin ini cuma akan di jana menerusi perlombongan Bitcoin (Bitcoin Mining), ia tidak akan menambahkan jumlah Bitcoin yang sedia ada kerana Bitcoin hanya dihadkan oleh penciptanya kepada 21 juta unit sahaja.

➢ Kemudahan Penggunaan

Bitcoin sangat mudah digunakan sebagai pembayaran di mana ia boleh dilaksakan dalam beberapa minit sahaja, tidak kira sama ada berapa besar jumlah tersebut mengikut harga pasaran wang kertas. Sebagai contoh jika anda hendak membeli kereta secara tunai anda kena membawa wang kertas yang banyak, membawa wang yang banyak akan meningkatkan risiko kepada kegiatan jenayah seperti rompakan dan penipuan.

Proses pengiraan wang juga akan mengambil masa yang panjang, tidak seperti Bitcoin di mana anda hanya memerlukan telefon pintar anda untuk melaksanakan transaksi tersebut. Anda hanya perlu membuat transaksi melalui dompet digital dan pembayaran akan dilaksanakan secara maya. Caj yang akan dikenakan juga rendah berbanding kad debit dan kad kredit.

➢ Ketahanan

Ketahanan adalah isu yang besar kepada mata wang kertas di seluruh dunia di mana ia boleh koyak, basah dan dibakar. Ini merupakan suatu isu besar kepada kewangan sesebuah negara, kerana jumlah wang kertas yang dicetak telah berkurang. Pengurangan ini akan mempengaruhi sistem kewangan negara sedia ada.

Oleh kerana itu pihak bank negara akan menerima wang-wang kertas yang telah koyak atau rosak dan akan mencetak semula wang kertas kepada yang baru. Manakala mata wang crypto Bitcoin tidak terdedah kepada bahaya yang dialami oleh mata wang kertas. Ini bermaksud mata wang crypto ini tidak boleh dimusnahkan seperti wang kertas.

➢ Tidak Boleh Dipalsukan

Kerana penggunaan teknologi yang rumit seperti Blockchain sistem, hampir mustahil untuk mata wang crypto ini dipalsukan. Mata wang tradisional mempunyai ciri-ciri anti-pemalsuan yang direka bagi menyukarkan pemalsuan wang, pemalsuan wang merupakan ancaman yang sangat besar bagi mata wang kertas di seluruh dunia.

Oleh kerana Bitcoin tidak bersifat seperti mata wang kertas fizikal, adalah mustahil untuk memalsukan Bitcoin. Tidak seperti wang kertas biasa, oleh kerana ia dilakukan menerusi pencetakan masih terdapat sekumpulan orang yang boleh mencetak wang haram ini bagi tujuan jenayah.

apa itu bitcoin
Dr Zaharuddin Abd Rahman

Adakah Bitcoin Halal Atau Haram Di Malaysia?

Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Ahli Jawatankuasa Khas Kewangan Islam Malaysia), oleh kerana Bitcoin adalah mata wang crypto yang tidak mempunyai pemantauan mana-mana badan kerajaan, ini akan memudahkan transaksi-transaksi berkaitan jenayah mudah dilakukan menerusi Bitcoin, disebabkan itu masyarakat masih tidak tahu sama ada Bitcoin ini adalah halal ataupun haram, konsep ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Terdapat yang menyatakan Bitcoin adalah haram tetapi ada juga yang mengatakan yang ia adalah halal. Terdapat beberapa pakar yang mempertimbangkan Bitcoin adalah halal tetapi jika ia digunakan dengan cara yang salah di sisi undang-undang dan juga agama seperti pengubahan wang haram, perjudian atau kegiatan jenayah lain, dengan jelasnya ia adalah haram.

Sumber: MiTrade

Link berkaitan: TAHUKAH ANDA APA ITU FOREX?

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More