Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu Dropship? Teknik Belajar Bisnes Tanpa Modal

Apa itu dropship? Bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia bisnes online akan bertanya apa itu dropship? Boleh ke dapat untung kalau berniaga dengan kaedah dropship?

Dropship adalah salah satu cara untuk anda memulakan bisnes dengan modal yang sangat rendah. Dropship adalah satu model dari cabang perniagaan internet yang boleh dijalankan oleh sesiapa saja yang mempunyai akses internet dengan menjadi agen dropship dan mempromosikan produk tersebut. Ia adalah satu cara yang cukup mudah dengan modal yang sangat-sangat minima.

TANPA MODAL

Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik bukan? Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya. Pastinya ramai diluar sana yang ingin berniaga tapi dek kerana tiada modal, maka ramai tidak mampu memulakan bisnes mereka. Kini tidak lagi, dengan sistem dropship, anda tidak lagi perlu mengeluarkan modal untuk mulakan bisnes. Jika ada sekalipun, mungkin sangat-sangat minima.

KAEDAH DROPSHIP

apa itu dropship
Kitaran sistem dropship.
Anda lihat gambar diatas bagaimana kaedah dropship berjalan:
  1. Anda hanya perlu mempromosi atau mengiklankan dengan meletakkan gambar produk dan description di laman sosial anda seperti Facebook, Instagram, Whatsapp atau di laman-laman pengiklanan yang lain.
  2. Kemudian, pelanggan yang berminat akan membuat bayaran kepada anda dengan harga pasaran yang anda iklankan.
  3. Seterusnya, anda akan membuat pembayaran kepada supplier produk tersebut dengan harga agen (erti kata lain, harga pasaran – harga ejen = untung).
  4. Supplier produk membungkus dan menghantar barangan kepada pelanggan anda.

KELEBIHAN DROPSHIP

Di antara Kelebihan Menjadi Agen Drosphip:

  1. Modal permulaan yang sangat rendah.
    Anda tidak perlukan modal yang besar untuk membeli stok.
    Untuk menjadi agen dropship, ada sesetengah pembekal mengenakan caj pendaftaran dan ada juga yang langsung tidak mengenakan caj.
  2. Anda tidak perlu menyimpan stok barang. Anda cuma perlu membuat pesanan dan bayaran setelah pelanggan anda membuat bayaran.
  3. Anda tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan akibat tidak laku.
  4. Anda tidak perlu bersusah payah untuk packing barang dan menghantar barang kepada pelanggan kerana semuanya akan dibuat oleh supplier anda. 
apa itu dropship
Konsep tidak perlu pegang stok membuatkan ramai berminat untuk jadi ejen dropship.

Sekiranya anda salah seorang bercita-cita untuk berjaya dalam perniagaan tetapi tidak mempunyai modal, ini adalah tips dari orang yang sudah menjana pendapatan ribu riban sebulan melalui dropship:

  1. Beli dulu barang dropship dan tengok macam mana supplier menghantar pesanan, kualiti barang, adakah barang yang anda beli itu menepati gambaran yang diberi.
  2. Tak mengapa kalau keuntungan kecil (antara Rm3 –Rm10 untuk satu produk asalkan anda ada sales kerana ada sales ada untung).
  3. Untuk menjana pendapatan yang konsisten, anda kena aktif dalam bisnes dropship jangan hangat-hangat tahi ayam.
  4. Jual barang yang up to date dan digunakan setiap hari.
  5. Jangan habiskan duit keuntungan anda untuk keperluan peribadi, sebaliknya gunakan untuk mengembangkan bisnes anda.
  6. Promosi sangat-sangat penting; untuk permulaan minta orang LIKE Fb Page atau follow instagram anda.

Kekurangan Perniagaan Dropship

Pertama, persaingan sengit, kerana ia dianggap sebagai perniagaan yang mudah dan murah, ramai orang yang juga menjalankan perniagaan yang sama walaupun menjual barang yang sama. Ini mengakibatkan persaingan yang lebih besar, terutamanya untuk niche tertentu.

Kedua, keuntungan yang agak kecil, persaingan sengit di kalangan penjual membuat sesetengah orang mengurangkan harga. Dengan persaingan harga ini, keuntungan dari setiap item yang dijual menjadi lebih kecil.

Ketiga, sukar untuk menguruskan stok barangan, ini sering berlaku apabila pemilihan produk secara besar-besaran sehingga sulit mengetahui stok barang yang masih tersedia di pembekal. Pada akhirnya ia akan membuat sukar bagi penjual untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Keempat, kerumitan penghantaran, ketika penjual memasarkan produk dari beberapa pembekal, ini akan menyebabkan biaya pengiriman membengkak. Contohnya, pelanggan menempah 4 item yang disediakan oleh tiga pembekal yang berbeza, jadi kos penghantaran tidak boleh digabungkan dan menjadi lebih mahal.

Kelima, menerima aduan, penjual adalah pihak yang berurusan secara langsung dengan pelanggan. Tidak kira jika kesilapan dibuat oleh pembekal atau perkhidmatan penghantaran, penjual akan menerima aduan tersebut.

Keenam, kawalan jenama yang rendah , penjual tidak boleh menggunakan pembungkusan khas atau memasukkan produk percuma (contohnya pelekat promosi) ke atas barangan yang dibeli oleh pelanggan kerana proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal.

apa itu dropship
Contoh bisnes dropship yang dijalankan. Setiap dropship perlu kreatif untuk mengubah gambar produk untuk menarik pembeli.

Kesimpulan

Harap penerangan ringkas di atas mampu menjawab persoalan mengenai apa itu dropship dan cara menjana keuntungan melalui model bisnes ini. Ramai peniaga online telah berjaya menjana pendapatan hanya dengan menjadi agen dropship. Anda perlu mencuba dan mencari apakah lubuk drosphip yang bagus kerana menjana pendapatan dengan dropship sehingga 4 angka sebulan bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika anda ada kemahuan, InsyaAllah pasti ada jalan.

Artikel Berkaitan: Resipi Aiskrim Lotus Biscof

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More