Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JDT Sudah ‘Tewas’, Bahang Final Piala FA JDT vs Terengganu

Final Piala FA : Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bin Md Nor yakin sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada Terengganu menjelang pertemuan dengan JDT pada perlawanan akhir Piala FA.

Beliau dalam satu temubual menegaskan sokongan padunya terhadap skuad kendalian Nafuzi Zain yang dilihat mampu menjulang piala tersebut pada edisi kali ini.

Final Piala FA

Mengulas lanjut, Sanusi ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang juara Piala FA kali ini, beliau dengan penuh yakin menjawab Terengganu adalah pilihannya.

“Terengganu akan menang sebab saya sokong Terengganu.”

Final Piala FA
Final Piala FA

“Isteri saya pun orang Terengganu.”

Walau bagaimanapun, beliau merasakan bahawa sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada pasukan dari Pantai Timur itu pada perlawanan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Beliau menjelaskan bahawa sokongan yang diberikan kepada Terengganu adalah disebabkan pasukan tersebut dianggap ‘underdog’ dalam pentas Final ini.

“Orang macam saya akan sokong pasukan yanh dianggap underdog.”

“Semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi kepada Terengganu kecuali orang Johor, tak percaya tunggu,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Terengganu berada pada landasan terbaik untuk membawa pulang trofi ke negeri Darul Iman selepas kali terakhir melakukannya pada 11 tahun yang lalu.

Sumber: MakanBola

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More