Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kanak-Kanak 2022

Bantuan Kanak-Kanak 2022 adalah satu bentuk bantuan khas bagi golongan keluarga yang mempunyai anak-anak, dan program ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan Kanak-Kanak 2022

Isi Kandungan

Apakah Itu Bantuan Kanak-Kanak 2022?

Kerajaan amat cakna akan setiap lapisan masyarakat Malaysia, tidak kira golongan tua atau muda, bujang mahupun berkeluarga, sejajar dengan tema kerajaan iaitu “Keluarga Malaysia”. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak kerajaan memastikan tiap lapisan masyarakat tidak tertinggal daripada arus pemodenan dan pembangunan negara, dan golongan yang dibantu adalah dipastikan untuk diberi perhatian.

Kerajaan telah merangka dan melaksana pelbagai bentuk bantuan buat mereka yang layak dengan mengikut ukuran taraf kehidupan, pekerjaan dan lain-lain berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Antara golongan yang diberi perhatian untuk bantuan adalah mereka yang sudah berkeluarga, bagi membantu mereka memandangkan kos saraan hidup yang makin bertambah saban tahun.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengumumkan elaun khas untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak dipanggil Bantuan Kanak-Kanak, dengan jumlah bantuan sebanyak RM150 hingga RM1000 sebulan. Anda juga boleh baca berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia 2022, khusus untuk rakyat Malaysia.

Tujuan Bantuan Kanak-Kanak 2022

Antara sebab utama Bantuan Kanak-Kanak diwujudkan adalah:

  1. Bagi membantu keluarga / penjaga kepada kanak-kanak, atau membantu kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini mengikut peringkatnya.
  2. Bagi membantu dalam pemeliharaan dan pengukuhan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak, termasuklah pemberian kasih sayang dan perhatian.

Kadar Bantuan Kanak-Kanak 2022

Kadar bantuan adalah minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000 setiap keluarga sebulan

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak 2022

Antara kriteria yang melayakkan anda untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  3. Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa, atau PGK purata miskin per kapita semasa
  4. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, seperti termaktub di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022

Bagi mendapatkan bantuan ini, anda boleh membuat permohonan mengikut kaedah di bawah:

  1. Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  2. Borang yang lengkap haruslah dibawa bersama-sama dokumen sokongan, ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian

Nota:

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan adalah dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
  1. Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan melalui proses siasatan bagi penilaian dibuat untuk tujuan pengesahan kelayakan bantuan kepada pemohon
  2. Urusan ini adalah bertepatan dengan prinsip penyampaian bantuan yang berpandukan kelayakan, bukannya hak.

Senarai Dokumen Sokongan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Borang-Borang Berkaitan

  1. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Bantuan Kanak-Kanak 2022 ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di pejabat yang berdekatan anda. Senarai pejabat JKM di seluruh negara boleh didapati DI SINI.

Di bawah pula adalah maklumat perhubungan untuk Ibu Pejabat JKM:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More