Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Bantuan Duit Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Anda boleh lakukan semakan bagi setiap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda telah memohon. Duit bantuan bulanan akan diberikan pada bulan ini ataupun bulan depan. Antara jenis bantuan bulanan JKM adalah seperti berikut:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Isi Kandungan

Cara Membuat Permohonan Bantuan Bulanan JKM 2021

Permohonan bantuan JKM secara bulanan boleh dibuat melalui portal JKM.Berikut adalah cara untuk buat permohonan secara online:

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN BULANAN JKM

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2021

Berikut adalah tarikh bayaran duit JKM bagi tahun 2021:

  • TARIKH BAYARAN DUIT JKM BULAN JANUARI 2021
    • 10 Januari 2021 & 11 Januari 2021
  • TARIKH BAYARAN DUIT JKM BULAN FEBRUARI 2021
    • 9 Februari 2021 & 10 Februari 2021
  • TARIKH BAYARAN DUIT JKM BULAN MAC 2021
    • 9 Mac 2021 & 10 Mac 2021
  • TARIKH BAYARAN DUIT JKM BULAN APRIL 2021
    • 11 April 2021 & 12 April 2021
  • TARIKH BAYARAN DUIT JKM BULAN MEI 2021
    • 9 Mei 2021 & 10 Mei 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN JUN 2021
    • 9 Jun 2021 & 10 Jun 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN JULAI 2021
    • 11 Julai 2021 & 12 Julai 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN OGOS 2021
    • 8 Ogos 2021 & 9 Ogos 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN SEPTEMBER 2021
    • 8 September 2021 & 9 September 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN OKTOBER 2021
    • 10 Oktober 2021 & 11 Oktober 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN NOVEMBER 2021
    • November 2021 & 10 November 2021
  • TARIKH BAYARAN JKM BULAN DISEMBER 2021
    • Disember 2021 & 9 Disember 2021

Artikel lain: Rumah Selangorku , Rumah Perakku

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More