Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BKM 2022 – Permohonan Baru dan Kemaskini Status Bantuan Keluarga Malaysia

Isi Kandungan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

BKM 2022 adalah salah salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan semasa perbentangan bajet bagi tahun 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu. BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembaharuan BKM 2022

  • BKM akan menyalurkan bantuan  sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga 5,000 ringgit.
  • Bantuan tambahan sebanyak 300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak 2,500 ringgit.

 

bkm 2022

Kelayakan BKM 2022

  • Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
  • Penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat.
  • Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.⠀

bkm 2022

Tarikh Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM

  •  Tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

Cara Pembayaran BKM 2022

  • Pembayaran BKM juga akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran BKM pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Soalan Lazim BKM 2022

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) di portal LHDNM di bawah

Soalan Lazim (FAQ) BKM 2022

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua yang dalam kesusahan dan jika sama-samalah kita sampaikan pada mereka yang belum tahu tentang bantuan ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More