Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bayar Cukai Tanah Secara Online Mengikut Negeri

Bayar Cukai Tanah Secara Online bagi setiap negeri ini adalah untuk memudahkan semua pihak. Cukai tanah juga ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai:

  • Apa-apa jumlah wang tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa;
  • Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  • Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Mengikut undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah anda akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Tempoh pembayaran Cukai Tanah pula antara 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

Bayar Cukai Tanah Secara Online

Nilai cukai yang dikenakan adalah berbeza mengikut negeri dan lokasi. Setiap dalam sebuah negeri yang sama mungkin juga dikenakan jumlah cukai yang berbeza.

Dengan kemudahan pembayaran dalam talian, kesemua negeri (atau hampir kesemua) di Malaysia memperkenalkan kemudahan Bayar Cukai Tanah Secara Online.

Bayar Cukai Tanah Secara Online

Untuk Bayar Cukai Tanah Secara Online mengikut negeri, sila klik pautan di bawah mengikut negeri pemilikan hartanah anda:

Negeri

Pautan Bayar Cukai Tanah Secara Online

Selangor

Sila Tekan Disini

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sila Tekan Disini

Perak

Sila Tekan Disini

Melaka

Sila Tekan Disini

Negeri Sembilan

Sila Tekan Disini

Pulau Pinang

Sila Tekan Disini

Pahang

Sila Tekan Disini

Johor

Sila Tekan Disini

Kedah

Sila Tekan Disini

Perlis

Sila Tekan Disini

Terengganu

Sila Tekan Disini

Kelantan

Sila Tekan Disini

Sabah

Sila Tekan Disini

Sarawak

Tiada

Penutup

Manfaatkan Bayar Cukai Tanah Secara Online dan anda tidak lagi perlu membazir berjam-jam lamanya untuk beratur bagi menjelaskan Cukai Tanah anda. Pautan bagi negeri Sarawak akan dikemaskini sekiranya terdapat perkembangan terbaru.

Semoga perkongsian tentang Bayar Cukai Tanah Secara Online ini bermanfaat untuk anda!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More