Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BEGUK:5 TANDA YANG MUNGKIN ANAK ALAMI

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Isi Kandungan

5 Tanda Beguk

Majoriti jangkitan beguk adalah ringan dan akan pulih sendiri. Jika tanpa komplikasi, keadaan akan kembali normal selepas 10 hingga 12 hari. Seperti penyakit lain, penyakit beguk ini juga mempunyai tanda dan gejala sebelum menghidapnya. Kebanyakkan anak-anak yang terkena beguk ini tidak tahu tentang tanda yang sedang mereka alami. Jadi, jika ada anak yang mengalami gejala ini, elok dibawa ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

beguk
BEGUK:5 TANDA YANG MUNGKIN ANAK ALAMI 4

Menurut laman website MyHealth.my, Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala beguk boleh hilang ke tak?

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:

beguk
BEGUK:5 TANDA YANG MUNGKIN ANAK ALAMI 5
  • Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
  • Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak

Rawatan beguk

Tidak seperti penyakit lain yang lebih serius, penyakit ini tidak mempunyai ubat yang khusus atau khas. Namun simptom-simptom itu boleh dilegakan dengan:

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

beguk
BEGUK:5 TANDA YANG MUNGKIN ANAK ALAMI 6

Antara lain yang boleh dilakukan adalah:

  • Rehat ketika anda lemah atau letih.
  • Ambil ubat penghilang rasa sakit bebas (painkiller), seperti acetaminophen dan ibuprofen, untuk mengurangkan demam anda.
  • Gunakan ais untuk tenangkan kelenjar yang bengkak.
  • Minum air putih secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi akibat demam.
  • Makan makanan seperti sup, yogurt, dan makanan lain yang tidak sukar dikunyah (mengunyah akan memberi rasa sakit apabila kelenjar anda membengkak).
  • Elakkan makanan dan minuman berasid yang boleh menyebabkan lebih banyak kesakitan pada kelenjar air liur anda.

Semoga semua yang mengalami sakit ini mendapat kesembuhan yang baik dan cepat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More