Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) Bagi Tahun 2024

Berikut kami kongsikan sebuah biasiswa yang kini sedang dibuka bermula 8 Februari 2024 iaitu Biasiswa Tunku Abdul Rahman bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman terbuka kepada semua untuk memberi tumpuan terutamanya kepada pelajar yang berpotensi tinggi dengan keperluan kewangan yang kukuh untuk menampung perbelanjaan yuran pengajian universiti dan kos sara hidup semasa pengajian.

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) menggalakkan semua rakyat Malaysia dari semua bidang pengajian untuk memohon kerana semua permohonan akan disemak secara individu dan holistik oleh pasukan YTAR.

Antara kriteria-kriteria pemilihan calon yang dicari dalam proses pemilihan biasiswa ini adalah

  • Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan bertahan dalam menetapkan dan mencapai matlamat peribadi, tanpa mengira halangan.
  • Mempunyai pengalaman kepimpinan (dalam kelab atau persatuan) dengan matlamat khusus untuk mempengaruhi orang lain dan memacu perubahan di Malaysia dalam kapasiti peribadi anda sendiri (di dalam dan di luar universiti).
  • YTAR meraikan pelajar dengan minda yang bersemangat dan rasa ingin tahu intelektual untuk meneroka bidang pengajian mereka dan seterusnya.

Penerima biasiswa ini perlu menyertai program kepimpinan yang disediakan merangkumi:

MentorshipPenerima biasiswa akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga alumni tentang kerjaya dan perkembangan diri.
Peluang PembangunanPenerima biasiswa akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
Projek KemasyarakatanSebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap penerima biasiswa ini perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan yayasan ini. 
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) Bagi Tahun 2024 1
Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Sebanyak lebih 30 biasiswa ditawarkan pada tahun ini dengan anggaran peruntukkan sebanyak 4 juta yang merangkumi 9 jenis elaun seperti:

  1. Yuran Pengajian
  2. Elaun Sara Hidup
  3. Elaun Pembangunan Diri
  4. Elaun Buku
  5. Elaun Tiket Penerbangan
  6. Elaun Alat Tulis
  7. Elaun Komputer Riba
  8. Elaun Tesis
  9. Elaun Pakaian Rasmi

Penerima yang layak menerima biasiswa ini akan mendapat bantuan kewangan seperti berikut:

Yuran UniversitiPenajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
Elaun BulananPemberian elaun sara hidup pada setiap bulan sepanjang biasiswa.
Elaun TahunanElaun tahunan diberikan untuk pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap penerima. Elaun alat tulis dan elaun buku teks turut diberikan.
Elaun Sekali Sepanjang BiasiswaElaun ini diberikan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) Bagi Tahun 2024 2
Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
  3. Telah menamatkan pengajian Pra-Universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengajian Sarjana Muda di mana-mana Universiti Awam atau Swasta Tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Keutamaan diberikan kepada:

  1. Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
  2. Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman.
  3. Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti
  • calon Orang Kurang Upaya (OKU),
  • calon masyarakat luar bandar, dan
  • calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh dilakukan dengan melayari laman web pada pautan berikut

>>>Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024<<<

Klik butang ‘Apply Now’ dan isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

Muat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan. Kemudian, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Keputusan Pra-U atau Semester Terkini.
  3. Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).
  4. Bukti Pendapatan seperti Penyata Pendapatan atau Slip Cukai Pendapatan atau Slip Gaji Ibu Bapa atau Penjaga (3 bulan) atau Penyata Akaun Bank.
  5. Surat Sokongan / Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau permasalah berkaitan Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini, sila layari laman web YTAR atau menghubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman di talian 03 – 2283 6063.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More