Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai info terkini dan cara permohonan UPU Online Fasa 2 bagi Sesi Akademik 2024/2025 yang telah mula dibuka pada 29 April 2024.

Isi Kandungan

Permohonan UPU Online Fasa 2 Kini Dibuka

Seperti yang kita tahu, permohonan UPU Online bagi tahun 2024 mempunyai 2 Fasa, iaitu

Fasa 129 Februari 2024 (12.00 Tengah Hari) – 29 Mac 2024 (5.00 Petang)
Fasa 229 April 2024 (12.00 Tengah Hari) – 9 Jun 2024 (5.00 Petang)
Permohonan UPU Online Fasa 2

Permohonan UPU Online Fasa 2 bagi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di

  • 20 Universiti Awam (UA),
  • 36 Politeknik,
  • 105 Kolej Komuniti, dan
  • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

telah dibuka mulai 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024. Program pengajian bertemu duga / ujian tidak ditawarkan pada Fasa 2 ini.

Permohonan ini hanya dibuka bagi program pengajian yang tidak bertemu duga dan / atau ujian sahaja.

Permohonan UPU Online 2024 boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025<<<

Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Terdapat sebanyak 504 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM / Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.

Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025 1
Permohonan UPU Online Fasa 2

Cara Pembelian No. Pin UPU

Calon boleh membuat pembelian No. Pin UPU Online melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 hingga 8 Jun 2024, sebelum mengemukakan permohonan.

Untuk makluman, harga No. Pin UPU adalah RM10.60 dan BSN akan membekalkan No. Pin berserta salinan resit pembayaran.

Cara pembelian No. Pin UPU adalah seperti berikut:

  1. Pembelian Secara Online (melalui No. Akaun BSN).
  2. Pembelian di Kaunter BSN.
  3. Pembelian di ATM BSN.

Kaedah Bayaran Proses UPU Online di BSN boleh melalui 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.

BSN akan mengeluarkan No. Pin UPU Online berserta salinan resit pembayaran. Calon juga dinasihati untuk pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan.

Bagi calon yang telah membuat pembelian No. Pin pada Fasa 1 juga boleh mengemaskini permohonan ketika Fasa 2 ini.

Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025 2
Permohonan UPU Online Fasa 2

Panduan Permohonan

Berikut adalah 15 panduan untuk membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon UPU Online pada Fasa 2, iaitu

  1. Bayaran proses UPU Online di BSN.
  2. Layari portal rasmi UPU Online.
  3. Pastikan kategori anda adalah betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPU Online.
  5. Kira merit sebelum membuat permohonan > Kalkulator Merit untuk SPM dan Kalkulator Merit untuk STPM.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan UPU Online.
  9. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang “SIMPAN”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025 3
Panduan Permohonan UPU Online
Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025 4
Panduan Permohonan UPU Online
Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025 5
Panduan Permohonan UPU Online

Panduan Memilih Program

Kepada semua calon-calon yang akan membuat permohonan UPU Online Fasa 2 bagi kemasukan sesi 2024/2025 ini, sila ikut panduan dibawah sebelum memilih program atau kursus (course) yang anda inginkan.

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi / agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi / agensi.
Permohonan UPU Online Fasa 2 Sesi Akademik 2024/2025 6

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan UPU Online Fasa 2 bagi Sesi Akademik 2024/2025 ini, boleh menghubungi talian 03 – 8684 2363 atau e-mel kepada [email protected].

Anda juga boleh ikuti laman sosial rasmi UPU di saluran-saluran berikut:

Selain itu, untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU Online 2024/2025, sila muat turun Aplikasi Pintar UPUPocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:

Semakan Status UPUMembolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
e-Panduane-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi,  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Kalendar Akademik (Takwim)Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPU Online.
AduanMaklumbalas berkaitan permohonan UPU Online. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan / pertanyaan / cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Semoga perkongsian info ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More