Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 CARA BUAT SLIME MESRA KANAK-KANAK

Cara buat slime yang mesra kanak-kanak mesti dicari oleh setiap para ibubapa dirumah. Slime telah menjadi suatu aktiviti popular pada masa kini terutaman dalam kalangan kanak-kanak. Jika dilihat di pasaran juga, slime ini juga dijual dalam harga yang agak mahal. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara buat slime kan?

Selain keseronokan belajar sains, slime popular kerana beberapa sebab. Ada yang merasa senang melihat slime berubah dari pepejal menjadi cecair dan kembali semula jadi cecair. Memicitnya di antara jari anda juga boleh menjadi kaedah yang baik untuk menghilangkan tekanan atau senangnya kita panggil stress ball. 

Walaupun ramai yang mengikuti tren yang menyeronokkan ini, ada yang prihatin tentang sejauh manakah selamatnya slime ini. Adakah keseronokan itu berisiko? Bagaimana anda boleh membuatnya dengan selamat dan tanpa alergik?

Namun kaedah ini memerlukan slime sentiasa dibancuh yang baharu bila ingin diguna pakai semula. Maklumlah bahannya juga mesra alam, jadi ianya tidak bertahan lama. Kelebihannya, Lebih selamat, kerana bahan yang digunakan ialah bahan yang tidak memudaratkan kulit tangan anda dan anak anda, tak perlu guna borax.

Disini kami kongsikan cara buat slime dengan selamat,mudah dan murah. Kebanyakan bahan boleh didapati dikedai runcit berdekatan anda sahaja atau sememangnya sudah ada dalam rumah anda! Semudah ABC bukan?

Kami akan kongsikan dua jenis slime DIY kepada anda iaitu slime versi selamat dimakan dan tidak boleh dimakan namun masih selamat untuk kulit anak-anak. Bagi jenis boleh dimakan ini lebih sesuai kepada anak-anak kecil berusia dalam 1 hingga 6 tahun namun awas mereka memerlukan pengawasan penuh oleh dewasa ya.

Berikut adalah beberapa cara untuk membuat slime dengan mudah:

Slime untuk kanak-kanak kecil ( sesuai kerana boleh dimakan)

Bahan dan alat yang anda perlukan:

  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis, saiz standard
  • Pewarna makanan, titis secukupnya hingga warna yang diinginkan (beli di kedai / pasar raya kek) 
  • Kuali
  • Sudu untuk mencampurkan 
  • Spatula

Langkah-langkah:

1. Tuangkan susu pekat manis dan tepung jagung ke dalam periuk

2. Letakkan dapur di atas api kecil

3. Panaskan campuran susu pekat manis dan tepung jagung sehingga mendidih, ini akan berubah menjadi campuran slime

4. Kacau adunan slime sambil menunggu hingga mendidih.

5. Setelah adunan kelihatan pekat, matikan api dan angkat loyang

6. Letakkan pewarna pada campuran slime sehingga mencapai warna yang dikehendaki.

7. Tunggu adunan sejuk, dan slime boleh dimainkan dan dimakan!

 

Slime untuk kanak-kanak remaja:

Umur yang kami syorkan untuk anak-anak anda bermain dengan slime ini adalah berumur 5 tahun ke atas.

Bahan dan alat yang anda perlukan:

  • Gam kertas cecair(pilih yang berkualiti)
  • 1/2 Cawan tepung penaik
  • Pewarna makanan (gunakan apa-apa jenis pewarna cecair)
  • Bekas untuk melarutkan tepung penaik
  • Bekas untuk gam kertas cecair
  • Sudu atau garfu
  • Air suam

Langkah-langkah:

  1. Masukkan tepung penaik ke dalam bekas dan larutkan dengan sedikit air suam. Gunakan kira-kira 1/4 gelas air suam. Kacau sehingga serbuk tepung penaik larut sepenuhnya. Biarkan selama 5-10 minit sehingga buih yang terhasil sedikit berkurang.
  2. Tuangkan gam kertas cecair ke dalam bekas. Semakin banyak gam, semakin banyak slime yang terhasil nanti.
  3. Masukkan cecair perwarna, gunakan apa-apa sahaja warna kegemaran anda.
  4. Kemudian, bancuh cecair gam beserta warna tadi sehingga warna sebati dengan gam cecair.
  5. Masukkan tepung penaik yang telah dilarutkan dengan air suam tadi. Sambil kacau, masukkan tepung penaik yang telah dilarutkan sedikit demi sedikit                  *Penting: Sila uji daya lekatan campuran gam cecair dan larutan serbuk penaik setiap kali penambahan larutan tepung penaik dilakukan.
  6. Slime anda hampir siap jika terdapat air berwarna putih yang terpisah daripada slime yang terhasil. Slime tersebut juga tidak akan melekat pada jari apabila disentuh.
  7. Asingkan air berwarna putih tadi daripada slime yang terhasil. Kini “homemade” slime untuk anak anda sudah siap.                                                                                            *Penting: Pastikan anda sentiasa menyimpan slime anak anda selepas bermain, di dalam bekas yang bertutup atau kedap udara.

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan anak-anak. Luangkan masa bersama anak anda sekerap yang boleh. Ia dapat membantu tumbesaran anak anda untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif. Ingat,jangan biarkan mereka bermain slime keseorangan ya.

Anda juga mungkin berminat CARA BUAT KEK – Ramai yang tahu cara buat, tapi belum tips rahsianya. Jom Baca! Cara Buat Origami. Aktiviti Untuk Anak-anak Ibu Bapa Perlu Tahu, 10 Cara Mengajar Anak-anak Membaca

PENUTUP

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan serta info yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel  ini membantu anda..

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More