Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Cara Kempiskan Perut Yang Senang dan Pasti Berkesan

Cara kempiskan perut mempunyai banyak cara, bergantung kepada individu sesuai dengan kemampuan diri. Ada yang buat secara semulajadi sepertsi senaman dan amalkan pemakanan diet berkesan. Ada juga yang mengambil supliment tambahan.

Setiap individu, tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, pastinya mempunyai keinginan untuk mempunyai bentuk badan yang menarik. Perut yang kempis sudah tentu merupakan satu matlamat yang harus dicapai jika menginginkan bentuk badan yang menarik, tetapi bagaimana cara untuk mengempiskan perut anda?

Disini kami kongsikan 5 cara kempiskan perut yang senang dan pasti berkesan. Ikuti petua ini dan sentiasa mengamalkannya untuk kempiskan perut buncit korang. Selamat mencuba!

1. Minum air limau

                           Kredit: Rawpixel
  • Caranya senang sahaja dengan minum air limau setiap kali bangun pagi dan juga selepas makan
  • Kelebihannya adalah untuk menyahtoksik hati kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang

2. Jangan Makan Lewat Malam

  • Makan lewat malam akan menggalakkan kepada penambahan berat badan.
  • Terdapat penyelidikan membuktikan bahawa makan lewat boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan. Ini kerana kalori yang diambil pada lewat malam lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Berikut beberapa contoh makanan yang sesuai untuk mengisi rasa lapar anda walaupun pada lewat malam:

  • Epal separuh
  • Beberapa keping ayam panggang
  • Beberapa keping keropok dengan satu sudu makan hummus
  • Setengah pisang dengan satu sudu mentega kacang
  • Segenggam kacang
  • Telur rebus
  • Semangkuk kecil potongan buah cincang seperti betik atau tembikai dengan keju.

3. Makan ikan salmon

               Kredit: Liputan6.com
  • Untuk yang mengamalkan diet, korang boleh makan ikan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
  • Khasiatnya yang mengandungi omega-3 ini dapat membantu memecahkan lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit korang
  • Bagi yang vegetarian, korang boleh gantikan dengan minyak ikan sebagai ganti omega-3 itu

4. Kurangkan pengambilan gula

  • Kalau boleh kurangkan pengambilan gula atau tidak mengambil langsung gula
  • Ini untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormone yang dapat mengempiskan perut
5. Mendapatkan tidur yang cukup
       Kredit: The Vocket
  • Tidur yang cukup boleh memastikan sistem saraf, pengeluaran hormone dan metabolisme korang berada di tahap optimum dan dapat lakukan kerja dengan lebih bertenaga dan juga otak korang berfungsi dengan cerdas

6. Tingkatkan metabolisme

              Kredit: WinNetNews
  • Cara nak tingkatkan kadar metabolisme adalah dengan cara meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak
  • Selain itu, korang juga boleh makan buah manga afrika (Irvingia gabonensis) kerana ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Tapi sedikit masam ya!

7. Guna aplikasi senaman di mobile app

                         Kredit: Julinse.com
  • Sekarang ini banyak aplikasi untuk menguruskan badan tanpa perlu ke gym. Jadi korang boleh guna aplikasi yang bagus untuk buat senaman mengempiskan perut. Tinggal perlu cari aplikasi senaman yang korang nak saja.
  • juga boleh “search” je dalam google carian berkaitan dengan senamam, contohnya disini.

Pilihan Senaman Kempiskan Perut

Jika anda ingin menyingkirkan lemak, senaman kardio merupakan antara pilihan senaman kempiskan perut yang boleh anda lakukan. Berikut adalah beberapa pilihan senaman kardio yang boleh anda pilih sebagai senaman kempiskan perut anda:

1. Berjoging

Senaman kempiskan perut ini merupakan antara senaman kardio pilihan kebanyakan individu. Ini kerana ini dilakukan dalam keadaan yang tenang dan di persekitaran yang santai, dan kebiasannya, senaman ini dibuat di taman atau pusat rekreasi. Tempoh yang paling minimum disarankan untuk melakukan senaman ini adalah 30 minit. Jika anda berkemampuan, anda boleh lakukan sehingga tempoh masa 1 jam. Lakukan aktiviti untuk selama 3 bulan dan anda pasti akan dapat melihat perbezaannya seperti anda akan berasa badan anda lebih ringan dan kadar pernafasan anda akan menjadi lebih teratur.

2. Berlari

Berlari merupakan antara pilihan senaman kardio yang paling sering dilakukan dan mudah. Anda dicadangkan untuk melakukannya selama 3 bulan untuk membolehkan anda melihat perbezaannya. Anda mesti tertanya, apa bezanya berlari dan berjoging? Kedua-duanya mempunyai manfaat kesihatan yang tersendiri. Tetapi untuk berlari, anda memerlukan lebih stamina. Jadi, anda mempunyai pilihan senaman kempiskan perut, sama ada berlari mahupun berjoging. Juga boleh join event seperti running Di Malaysia, ada banyak contohnya disini.

kredit : Rudy Project

3. Berenang 

Sejujurnya berenang merupakan antara senaman kardio yang paling berkesan untuk memberikan kesan terbaik kepada keseluruhan badan anda. Ketika berenang anda akan mengerakkan seluruh badan anda dari kepala sehingga ke hujung kaki. Senaman kardio ini jika dilakukan dalam tempoh 30 minit akan dapat membantu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Menarik bukan? Jadi kepada individu yang boleh berenang, pastinya ia boleh dijadikan senaman kempiskan perut yang boleh dijadikan amalan dan pilihan.

4. Berbasikal

Jika anda gemar berbasikal, ketahuilah ia adalah satu aktiviti yang bukan sahaja sihat, tetapi ia dapat memberikan kesan kepada keseluruhan badan anda, seperti berenang. Mengayuh basikal untuk tempoh masa minimum 30 minit atau maksimum 2 jam secara berterusan sememangnya meletihkan tetapi ia adalah sangat bagus untuk kesihatan anda. Seperti senaman yang lain, untuk melihat kesannya anda perlu melakukan secara konsisten, iaitu untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. Selamat mencuba!

5. Bersukan

Anda tidak berminat untuk berbasikal, berjoging atau berenang? Tetapi anda gemarkan untuk bersukan? Tidak mengapa. Jika begitu, pilihlah sebarang sukan yang membolehkan anda mengerakkan anggota badan anda seperti tangan dan kaki. Antara pilihan sukan yang boleh anda lakukan sebagai senaman kempiskan perut adalah seperti bermain badminton, futsal, bola sepak dan sebagainya.

Haa…itu antara petua yang boleh diamalkan untuk mengempiskan perut buncit korang semasa PKPB ni. Jadi, tak adalah mengeluh sebab baju dengan seluar tak muat lagi.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan : 14 Cara Cepat Lebatkan Rambut Pasti Berkesan Jika Diamalkan Cara hilangkan Jerawat yang berkesan dan semulajadi

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More