Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mohon SPA 9 Dan Kemaskini Kerja Kosong Kerajaan (SPA 8i)

Cara Mohon SPA 9 ini adalah untuk membantu calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf dengannya bagi tahun semasa yang berminat dengan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam Di Malaysia. Anda dikehendaki mendaftar bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada menerusi SPA 9.

Sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA 9 telah dinaiktaraf bermula tarikh 28 September 2020. Semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (Login SPA 9)

Isi Kandungan

Apa itu SPA 9

SPA 9 atau Sistem Pendaftaraan Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA 9) merupakan penambaikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA 8i. SPA 9 merupakan borang pendaftaran permohonan jawatan kosong kerajaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. SPA 9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.

spa 9

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan SPA 9 dibuka sepanjang tahun di mana pemohon boleh memohon terlebih dahulu semua jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik. Namun pengambilan hanya dibuat sebaik sahaja iklan kekosongan dikeluarkan bagi jawatan yang mengalami kekosongan.

Harus diingat tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun. Justeru dinasihatkan apabila iklan kekosangan jawatan dikeluarkan, pemohon hendaklah menghantar atau mengesahkan permohonan dalam tempoh tersebut

Kelayakan Permohonan Pendaftaran 

Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik atau taraf pendidikan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam:

Cara Memohon Dan Kemaskini

Untuk membuat Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal SPA 9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
  3. Isi semua maklumat diperlukan dan klik ‘Hantar”
  4. Pendaftaran berjaya dan login semula ke SPA9 dengan Klik “Log Masuk”
  5. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik “Seterusnya”
  6. Tiba di bahagian Jawatan Dipohon, klik pada pilihan “Jawatan Yang Layak Dimohon” dan klik “+tambah”
  7. Setelah itu pastikan klik pada “Pengakuan Pemohon” dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik “HANTAR”
  8. Untuk semak status permohonan klik “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”
  9. Untuk melihat status permohonan semasa klik ” Status Permohonan Semasa”

Semakan Status Permohonan SPA 9

Untuk membuat Kemaskini Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik ke “Semakan Permohonan”
  3. Paparan permohonan yang telah didaftarkan akan dipaparkan beserta tarikh daftar dan tarikh luput.

Info Penting 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menetapkan bahawa:

  • Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun
  • Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja
  • Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu (maklumat akademik)
    1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
    2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
    3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan
  • SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam dan menghantar semula permohonan

Info Tambahan

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan ingin mendapatkan penjelasan, sila rujuk pautan yang disediakan berikut:

 

ARTIKEL BERKAITAN:

  1. JAWATAN KOSONG J&T EXPRESS
  2. JAWATAN KOSONG TNB
  3. JAWATAN KOSONG SPRM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More