Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online

Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online telah diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) beberapa hari lalu, mereka telah mengumumkan agihan pendapatan bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Dimana ianya adalah sebanyak 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan Bonus Tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ianya sekaligus akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memiliki sebanyak 186.4 bilion unit dalam ASB.

Maka dengan itu, ASB telah berjaya memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda aras sebelumnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.27% sepanjang tahun ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria dalam satu kenyataan mengulas, walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, PNB telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk Bonus Tambahan pada tahun ini.

“Jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB. Bonus Tambahan tersebut adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.” katanya.

Justeru, disini kami akan kongsikan cara untuk membuat pengeluaran simpanan ASB secara atas talian (online) dan juga cara mendaftar portal ASB dengan mudah dan cepat.

Isi Kandungan

Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online

Pada masa yang sama, pihak ASNB kini telah membenarkan para pemegang unit amanahnya untuk membuat pengeluaran simpanan ASB mereka secara atas talian (online) melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih mereka iaitu myASNB.

Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online adalah seperti berikut:

  1. Log masuk di Portal myASNB pada pautan https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php
  2. Klik portfolio
  3. Kemudiannya, klik pada transaksi pada unit amanah yang dikehendaki serta pilih Jualan Balik
  4. Pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya
  5. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
  6. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
  7. Semak semua butiran bank anda di notifikasi dan klik Seterusnya
  8. Klik permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya
  9. Transaksi berjaya

Dimaklumkan bahawa had minimum jualan balik ialah 100 unit, manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah 2,000 unit dalam setiap satu bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

Bagi yang ingin membuat jualan balik melebihi had yang ditetapkan, ianya bolah dibuat melalui kaunter cawangan atau ejen ASNB.

  • Tiada sebarang caj dikenakan apabila membuat jualan balik melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB
  • Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.
  • Had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak 2,000 unit sebulan kerana ianya merupakan satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera untuk pemegang unit pada waktu memerlukan.
  • Memandangkan unit amanah adalah bentuk pelaburan jangka sederhana dan panjang, pemegang unit digalakkan untuk mengekalkan pelaburan untuk memperoleh manfaat pelaburan dan hanya melakukan jualan balik ketika perlu.
  • Anda boleh menjual balik berulang kali dalam talian pada hari yang sama tetapi tertakluk kepada jumlah had maksimum dan had bilangan urus niaga yang dibenarkan.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online

Cara Mendaftar Portal ASNB

Selain cara pengeluaran simpanan ASB secara online, mendaftar portal ASNB secara online juga boleh dibuat dengan cara seperti yang berikut:

  • Pemegang unit boleh mendaftar di laman web portal myASNB
  • Klik pautan di sini untuk cara-cara mendaftar portal myASNB
  • Anda juga boleh akses kepada aplikasi mudah alih myASNB selepas mendaftar di portal myASNB
  • Pastikan nombor telefon bimbit anda telah dikemas kini di mana-mana cawangan atau ejen ASNB sebelum mendaftar portal

Sumber Daripada: ASNBmy

Disini kami juga sediakan video tutorial untuk Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online bagi rujukan mereka yang memerlukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online ini anda boleh merujuk pada Portal Rasmi ASNB dan kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB membolehkan pemegang unit untuk membuat pengeluaran dari unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB di saat memerlukan.

Diharapkan semoga perkongsian tentang Cara Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online ini dapat membantu anda yang memerlukan!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More