Cuba Amal 6 Petua Ini, Jika Anda Sering Mengalami Kembung Perut

GAYA hidup dan pemakanan yang tidak teratur menjadi punca anda mudah diserang masalah dalam perut seperti kembung, kekejangan atau pedih ulu hati.
Berikut dikongsikan bahan semulajadi di bawah ini yang diyakini boleh membantu mengurangkan masalah tersebut dan melancarkan penghadaman anda.
-
Isi Kandungan
Pudina
Bagi membantu penghadaman perut yang bermasalah, anda boleh menggunakan pudina atau secawan teh pudina yang panas atau sejuk. Kekejangan pada perut boleh dikurangkan dan ia mungkin membantu mengurangkan sindrom usus rengsa.
-
Halia
Menambah halia ke dalam teh panas yang telah ditambah gula boleh membantu penghadaman. Halia juga adalah sejenis anti-radang dan membantu mengembangkan saluran penghadaman.
Halia juga dikenali sebagai salah satu dari bahan semula jadi yang terbaik untuk merawat mual.
-
Jintan manis
Jintan manis diambil dalam jumlah yang kecil boleh mengurangkan gas dan perut kembung dengan cepat. Ia adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami perut kembung kronik dan minyak daripadanya juga dipercayai mampu mengurangkan angin lebih baik dari makanan lain.
Anda boleh hancurkan atau memotongnya, makan secara mentah atau dipanggang; anda juga boleh mencuba salad jintan panggang.
-
Cuka epal
Ia membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti refluks asid. Cuka epal merangsang injap di bahagian bawah tekak membuatkan ia tertutup dengan ketat dan mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya.
Tambahan pula, ia mengandungi banyak bakteria baik yang penting dalam mengekalkan kesihatan usus anda.
-
Radicchio
Rasa pahit dalam salad ini membantu merangsang penghasilan enzim penghadaman dan membantu sistem penghadaman kita menguraikan secara semula jadi makanan yang diambil selepas salad tersebut.
Cadangan yang baik adalah untuk menyediakan radicchio bersama minyak zaitun, cuka epal dan sedikit garam sebelum menu utama.
-
Tembikai susu
Kajian menunjukkan bahawa terdapat satu bahan di dalam buah ini yang dinamakan Cucumis melo mempunyai fungsi diuretik yang signifikan dan boleh digunakan untuk merawat edema.
Ketidakselesaan perut di atas pelbagai sebab memang boleh mengganggu tugas harian. Semoga dengan perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda merawat atau mencegahnya dari terjadi.
sumber : hellodoktor