Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Demam Campak-Tanda, Kesan ,Rawatan & Pencegahan

Isi Kandungan

Demam Campak

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Demam campak

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Tanda-Tanda

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  • Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Kesan kepada kanak-kanak

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

demam campak

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

  • Jangkitan pada telinga.
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
  • Jangkitan pada otak (encephalitis).
  • Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Rawatan

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

  • Panadol untuk mengurangkan demam.
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
  • Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Pencegahan

Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Sumber: Hospital Tapah

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Demam Campak akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Strok, Penyakit Gout, Tekanan Darah Tinggi , Penyakit batu Karang, Kanser Perut Penyakit Anemia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More