Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dividen Tabung Haji 2021 : TH Umum Keuntungan 3.10% Bagi Tahun 2020

DIVIDEN TABUNG HAJI 2021 (TAHUN KEWANGAN 2020). Alhamdulillah, Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.24 bilion.

Agihan keuntungan yang lebih baik ini adalah hasil prestasi dan kedudukan kewangan TH yang semakin baik, dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah.

TH telah merekodkan keuntungan bersih selepas zakat (belum diaudit) sebanyak RM2.23 bilion iaitu peningkatan 22% atau sebanyak RM397 juta berbanding tahun lalu.

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021.

Semakan boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Baca juga : Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online.

dividen tabung haji 2021

Cara Semakan Dividen Tabung Haji 2021

Agihan Keuntungan boleh disemak mulai pukul 12 tengahari, 3 Mac 2021.

Baki simpanan terkini boleh disemak di :

  • kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
  • laman sesawang www.thijari.com.my
  • portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
  • ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB

Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji 2021

Cara pengiraan agihan keuntungan dividen tabung haji bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Bagaimana Jika Akaun Tabung Haji Tidak Aktif?

  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksimelebihi tujuh (7) tahunakan diklasifikasikan sebagaiAkaun Tidak Aktif(dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).

Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

Maklumat Lanjut

Berapakah kadar agihan keuntungan bagi tahun 2020?

Kadar agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2020 adalah 3.10% berbanding 3.05% bagi tahun kewangan 2019.

Berapakah jumlah keseluruhan agihan keuntungan kepada pendeposit bagi tahun 2020?

Agihan Keuntungan selepas zakat kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2020 adalah berjumlah RM2.24 bilion, iaitu RM103 juta (5%) lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion bagi tahun kewangan 2019. Agihan bagi tahun 2020 akan memberi manfaat kepada kira-kira sembilan (9) juta pendeposit TH. Agihan keuntungan ini adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2020?

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2020 adalah layak.

Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan?

Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;

Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).

Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

Bagaimanakah agihan keuntungan dibayar kepada pendeposit?

Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan. Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup dalam tahun 2021 (sebelum 3 Mac 2021) pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk FAQ di bawah atau klik https://www.tabunghaji.gov.my/ms/agihan-keuntungan-th-2020

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Dividen Tabung Haji 2021 : TH Umum Keuntungan 3.10% Bagi Tahun 2020 ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Buku Panduan Tugas Guru Dan Staf Sekolah 2021

Cara Mudah Daftar Suntikan Vaksin Covid-19 Dengan Aplikasi MySejahtera

Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan 2021

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More