Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mudah Daftar Suntikan Vaksin Covid-19 dengan Aplikasi MySejahtera

Suntikan Vaksin Covid-19 kini dibuka untuk pendaftaran. Rakyat Malaysia kini boleh mendaftarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran untuk mendapat vaksin disediakan di kedua-dua aplikasi versi iOS dan Android.

Namun, pengguna perlu mengemas kini atau memuatnaik aplikasi MySejahtera sebelum boleh berbuat demikian.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

Setelah menekan butang vaksinasi, ia akan meminta anda mengesahkan nama dan nombor MyKad anda.

vaksin covid-19

Selepas disahkan, anda akan dimaklumkan bahawa program imunisasi Covid-19 nasional kini di peringkat Fasa 1 yang disediakan untuk barisan hadapan.

Ia menambah bahawa anda akan diberitahu ketika fasa berikutnya bermula.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengisi borang tinjauan untuk memberikan butiran tambahan untuk pendaftaran anda.

SUNTIKAN COVID-19

Tinjauan akan menyoal jika anda berminat untuk menerima vaksin, sama ada mempunyai sejarah penyakit atau tidak dan jika anda adalah orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan.

Ia juga meminta tempat kediaman anda.

Fasa 1 dari Feb hingga April 2021 adalah untuk kumpulan petugas barisan hadapan, pegawai penguatkuasa, wakil rakyat dan guru-guru berisiko tinggi yang melibatkan 500,000 orang.

SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

Fasa 2 pula akan dijalankan mulai April hingga Ogos dan ini membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa 3 adalah dari Mei 2021 hingga Feb 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan dengan Cara Mudah Daftar Suntikan Vaksin Covid-19 dengan MySejahtera memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan kosong di jabatan tenaga kerja semenanjung Malaysia

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More