Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021 adalah merupakan satu bentuk panduan buat guru dan staf sekolah dalam memahami tugas-tugas mereka di sekolah, dalam mencapai matlamat pendidikan kebangsaan.

 

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021

 

Guru-guru Malaysia sedar akan tujuan utama pendidikan adalah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, sesebuah masyarakat dapat membentuk anak mudanya supaya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan juga menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mendapat kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini para guru telah menerima tatasusila di bawah sebagai panduan untuk membolehkan mereka menyempurnakan profesion mereka ke taraf kesusilaan yang tinggi.

 

 

Tatatertib Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam

 

  • Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibubapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.
  • Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru.
  • Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan menggalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
  • Sentiasa mengawasi diri kami daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion perguruan. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
  • Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa dan ambil inisiatif untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat, adil, cekap dan saksama.

 

ETIKA KERJA

 

Di dalam buku panduan tugas guru dan staf sekolah ada digariskan etika kerja untuk dijadikan panduan. Etika kerja yang digariskan adalah seperti berikut:

“Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.”

 

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Tuhan

 Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA.

 

2. Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah

 Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal.

 

3. Bekerja Dengan Tekun dan Cekap

 Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.

 

4. Bekerja Dengan Semangat Satu Pasukan Dan Berpadu Fikiran

 Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira.

 

Dapatkan ” BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN

STAFF SEKOLAH 2021 ” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

 

Untuk lebih lagi mengenai buku panduan tugas guru dan staf sekolah 2021, anda boleh klik pautan di atas untuk muat turun buku panduan tersebut.

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021 ini dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru dan staf sekolah di luar sana, terutamanya pembaca TCER.my. Moga dipermudahkan segala urusan permulaan sesi sekolah 2021 tidak lama lagi.

Untuk lebih maklumat terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

55,000 Guru Akan Disuntik Vaksin Sebelum Sekolah Dibuka

KPM Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Biasa Ke Sekolah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More