Sumber Rujukan Globalisasi Anda

eGUMIS Sistem Semakan Wang Online

Isi Kandungan

Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online

Sistem eGUMIS dilancarkan secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut online. Sistem eGUMIS dijangka beroperasi suku kedua tahun 2018 namun ia ditangguhkan atas beberapa sebab tertentu.

Namun begitu pada 1 Januari 2020 yang lalu, eGUMIS boleh diakses sepenuhnya untuk semak WTD. Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Wang Tidak Dituntut

Wang tak dituntut (WTD) merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam akaun yang tidak aktif selama 7 tahun juga dikira sebagai Wang Tidak Dituntut seperti:

  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa
  • Simpanan tetap

Cara Semakan

Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

  • Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
  • Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
  • Kemaskini maklumat pengguna.
  • Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Sistem ini hanya membenarkan 2 kali sahaja carian dalam sehari.

Proses Tuntutan WTD

Permohonan tuntutan WTD hanya layak kepada yang berikut sahaja:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri;
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk kepada laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Artikel lain: Pembayaran i – Sinar April ini , Biasiswa SIME DARBY

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More