Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pembayaran i – Sinar Kategori 1 Pada Bulan April 2021

Isi Kandungan

i-Sinar Kategori 1

Mengikut pengumuman daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan Mac telah diawalkan dan dibayar pada hujung Februari lalu. Hal ini disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac. Oleh itu, tiada pembayaran yang akan dilaksanakan pada bulan Mac.
pembayaran

Pembayaran Seterusnya

Terdapat sumber mengatakan bahawa pembayaran seterusnya akan bermula pada April, ia menjadi kenyataan. Kenyataan terkini oleh pihak KWSP yang diberikan melalui i-Akaun menunjukkan bahawa pembayaran akan bermula mengikut seperti dijadualkan seperti dibawah;
  • 1 April 2021
  • Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April pada 1 April dan seterusnya mengikut batch anda.
  • Anda boleh rujuk tarikh pembayaran melalui i-Akaun anda.
  • Untuk makluman, pembayaran ini hanya melibatkan pemohon yang layak pada Januari 2021 bukan permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu.

Maklumat Tambahan

  • PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT
    • Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.
  • PEMBAYARAN GAGAL KREDIT
    • Jika tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.

Semakan Status

  • Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
    • Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
    • Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
    • Isikan maklumat yang diminta
    • Status kelulusan akan dipaparkan
  • Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun

Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui i-Akaun di laman web https://kwsp.gov.my atau melalui apps tersebut.

  • Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
  • Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  • Semak bahagian WITHDRAWAL
  • Klik WITHDRAWAL HISTORY
  • Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel lain: Biasiswa Sime Darby, Tajaan Biasiswa Penuh PICOMS

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More