Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ePerolehan: Portal Perolehan Kerajaan Malaysia

ePerolehan adalah satu sistem elektronik bagi bertujuan memudahkan kerja-kerja perolehan kerajaan serta dapat menambahkan lagi kecekapan pihak kerajaan dalam perkara berkaitan perolehan yang sebelum ini dibuat secara manual.

Sistem ePerolehan ini juga akan memudahkan pembekal untuk mempromosikan produk mereka, menerima dan memproses pesanan belian serta menguruskan bayaran daripada pihak kerajaan secara atas talian. Melalui sistem, pembekal juga dapat mendapatkan dokumen tender, menghantar tawaran tender serta menghantar sebutharga kepada pihak kerajaan. Selain itu juga sistem akan urusan pendaftaran pembekal dengan kemeterian kewangan dapat dijalankan menggunakan sistem ini. Para pembekal juga dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar pendaftaran engan sistem ini.

Isi Kandungan

ePerolehan

Dengan ada sistem E-Perolehan ini, pihak kerajaan dapat meningkatkan kecekapan sistem dan seterusnya memberi kemudahan kepada pihak pembekal dalam urusan berkaitan tender, pendaftaran MOF dan banyak lagi. Antara perkhidmatan yang disediakan didalam portal rasmi E-Perolehan adalah:

  1. Menghantar cadangan tender/sebut harga
  2. Menghantar permohonan
  3. Menerima Permohonan
  4. Menyemak status permohonan
  5. Menyerahkan tawaran tender
  6. Membuat/menerima pembayaran secara atas talian
  7. Katalog Elektronik (eCat)

 ePerolehan Login

eperolehan

  • Bagi pembekal yang ingin login untuk pertama kali anda perlu perlu tekan permohonan ID Login dan kata laluan baru di pautan Permohonan ID Log Masuk.
  • Pastikan anda membaca semua terma dan syarat sebelum anda masuk captcha yang diberikan.
  • Selepas masukkan captcha yang sepadan, sila tekan seterusnya.
  • Masukkan maklumat pengesahan syarikat yang diperlukan seperti dibawah dan tekan butang seterusnya.

ePerolehan: Portal Perolehan Kerajaan Malaysia 1

  • Setelah Login ID dan kata laluan diperolehi, pastikan anda balik ke step No. 1
  • Guna LogIn ID dan kata laluan yang diperolehi untuk log in E-Perolehan

ePerolehan Tender

Salah satu fungsi ePerolehan diwujudkan adalah untuk mempermudahkan urusan berkaitan tender oleh pihak kerajaan. Pengguna ePerolehan tender boleh menggunakan platform ini untuk melihat atau menyemak tender-tender terkini dari pihak kerajaan. pelbagai kategori tender dipamerkan disini untuk  rujukan dan tindakan pihak pembekal.

  1. Untuk melihat tender yang diapung mengikut ketegori , sila pergi ke pautan Perolehan TenderE-
  2. Disini anda boleh membuat pemilihan mengikut kategori yang sesuai seperti kod bidang, kementerian, kumpulan PTJ dan sebagainya.
  3. Pembekal boleh klik pada tajuk perolehan untuk melihat perician setiap tender sebelum mengambil keputusan samaada untuk menyertai tender tersebut atau tidak.
  4. Untuk menyertai setiap tender, pembekal perlu muat turun semua dokumen yang diletakkan di bahagian senarai dokumen dan lampirkan semua dokumen tersebut semasa menghantar tender. Dokumen yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

eperolehan

ePerolehan MOF

Kepada pembekal baru , anda diwajibkan untuk membuat “Pendaftaran pembekal baharu” terlebih dahulu di pautan disini . Sila pilih jenis akaun yangs sesuai mengikut kategori anda samaada Akaun Asas, Akaun MOF atau Akaun G2G sebelum anda melakukan sebarang urusan berkaitan ePerolehan MOF.

Pengenalan akaun pembekal

1. Akaun Asas
  • Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.

  • Sijil digital akan digunakan untuk menandatangani apa-apa dokumen di dalam sistem ePerolehan oeh pemegang akaun asas.

  • Bagi akaun ini hanya warganegara sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

2. Akaun MOF
  • Bagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:

  • Kontraktor: Bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan bukan perunding atau bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)

  • Perunding: bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

  • Tempoh sahlaku akaun MOF adalah selama 3 tahun.

3. Akaun G2G
  • Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
  • Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Modul Utama ePerolehan

Untuk memastikan sistem ePerolehan ini berjalan lancar, satu modul telah diwujudkan untuk Modul  digunapakai oleh pihak Kerajaan dan pembekal dalam melaksanakan perolehan Kerajaan di dalam ePerolehan ini.

Setiap proses perolehan yang dibentuk ini adalah mengikut polisi kerajaan yang terkini yang mana saling melengkapi antara satu sama lain.

Tujuan utama modul ini diwujudkan adlaah untuk memsatikan pihak kerajaan menjalankan semua aktiviti yang dirancang seperti berikut:

  • Merancang sesuatu perbelanjaan dan perolehan
  • Mencari,memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan bekalan atau perkhidmatan
  • Mencipta dan menguruskan sesuatu Kontrak Kerajaan
  • Proses permintaan dan pemenuhan bagi bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran

Modul ini bukan hanya boleh digunapakai oleh pihak kerajaan tetapi boleh juga diguna oleh pihak pembekal. Pihak pembekal boleh menggunakan modul ini seperti berikut:

  • Penerimaan Pesanan Pembelian Kerajaan, memasukkan Pesanan Penghantaran dan mencipta invois
  • Pendaftaran sebagai pembekal Kerajaan

ePerolehan Centre

Dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada pengguna perolehan edagang, Kementerian Kewangan menerusi syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd telah memikul tanggungjawab untuk mengendalikan ePerolehan Centre (ePC) dibeberapa lokasi strategik yang terpilih di seluruh negara.

ePorolehan Centre atau ePC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat kepada pengguna, malah menyediakan fasiliti lengkap kepada semua yang memerlukan bantuan agar masyarakat/pengguna dapat memahami dengan lebih baik berkaitan penggunaan sistem eperolehan.

Tujuan Utama ePC

Lokasi ePC
di Malaysia

Menyediakan panduan
dan bantuan kepada pembekal yang memerlukan kemudahan infrastruktur bagi mengakses sistem ePerolehan

     · ePerolehan Centre Ministry of
Finance, Putrajaya

     · ePerolehan Centre Petaling Jaya

     ·  ePerolehan Centre UTC Kedah

     ·  ePerolehan Centre Ipoh

     ·  ePerolehan Centre George Town

     · ePerolehan Centre Johor Bahru

     · ePerolehan Centre Kuala
Terengganu

     · ePerolehan Centre Kota Bahru

     · ePerolehan Centre Perbendaharaan Malaysia Sarawak

     · ePerolehan Centre Perbendaharaan Malaysia Sabah

      Menguruskan pendaftaran pembekal secara atas talian melalui
sisten ePerolehan

      Menjalankan aktiviti
enablement pembekal secara
komprehensif

      Tempat pembekal membuat pembayaran

      Menyediakan latihan sistem
ePerolehan kepada semua pengguna

      Membantu pengguna yang tidak biasa dengan sistem menjalankan transaksi ePerolehan secara atas talian seperti proses pembelian atas talian, memantau serta mengambil bahagian di dalam aktiviti tender dan sebutharga

Faedah E-Perolehan

Faedah Kepada
Pembekal

Faedah Kepada
Kerajaan

Proses ePerolehan pembekal akan lebih lancar dan pantas Sebagai medium untuk kerajaan menembusi ekonomi baharu dan mengutamakan ePerniagaan sejajar dengan misi negara menuju K-ekonomi

      Menerapkan konsep layan diri. Contohnya, pendaftaran secara atas talian untuk
lawatan tapak dan taklimat, laporan pembekal serta arahan pemberhentian untuk penghantaran dan sebagainya

          Sistem ini dapat menjimatkan kos operasi setiap pembekal dan pembeli Kerajaan berdasarkan masa yang singkat
dan proses urus niaga yang telah
diringkaskan.

      Hubungan antara Pembekal dengan Kerajaan menjadi lebih mudah pada bila-bila masa dan mana-mana sahaja.

      Pembeli dapat mengakses produk dan perkhidmatan yang terkini secara online bagi memudahkan proses pemilihan dilakukan.

      Menggunakan Sistem ePerolehan sebagai platform perniagaan, pengguna dapat mempelajari konsep ePerniagaan dengan lebih mudah

          Maklumat dan senarai harga produk yang disediakan sentiasa dikemas kini supaya dapat membantu pembeli membuat pilihan yang tepat.

          Transaksi dan pengiklanan produk
dan perkhidmatan menjadi lebih murah dan pantas, lantas menggalakkan peningkatan di dalam kuantiti pembelian.

      Pengurusan belian dan bayaran yang lebih baik. Dengan Sistem ePerolehan, pembeli Kerajaan akan dapat menjejaki dan mengaudit proses perolehan/urus
niaga yang telah dibuat.

      Dengan sistem yang efisien dan konsisten, ia akan memudahkan pembekal untuk merancang proses perolehan dengan lebih berkesan serta proses yang diotomasikan memberi pulangan kos operasi yang lebih rendah serta masa pusingan urus niaga lebih pantas.

           Merancakkan peningkatan jumlah tenaga kerja yang celik IT dalam sektor kerajaan dan swasta.

Pusat Khidmat Pelanggan ePerolehan

Pusat khidmat pelanggan ini ditubuhkan adalah untuk memastikan tahap kepuasan pengguna ePerolehan berada pada tahap yang maksimun dengan memberi khidmat nasihat dan jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul berkaitan sistem ePerolehan.

Pusat ini beroperasi 24 jam dan boleh dicapai melalui aplikasi atas talian, e-mel, telefon dan faksimili. Maklum balas terhadap sebarang aduan/pertanyaan yang diterima berkaitan dengan Sistem ePerolehan adalah seperti berikut:

 

Pembekal

Kerajaan

Telefon

03-7985 7777

03-7985 7888

Faks

03-7787 1001

03-7787 1001

Emel

[email protected]

[email protected]

Soalan lazim berkaitan ePerolehan

1. Berapakah kadar FI perkhidmatan yang ditetapkan untuk setiap transaksi?

  • 0.8% bagi setiap transaksi- had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran.
  •  0.4%  bagi setiap transaksi- had maksimum RM4,800 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali bayaran yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

2. Berapa lama proses pembayaran melalui sistem ePerolehan?

  • Pembayaran akan dilakukan secepat mungkin dalam tempoh 14 hari selepas menerima invois yang lengkap.

3. Apakah Kriteria bagi pembekal yang ingin mendaftar akaun asas?

Kriteria-kriteria yang perlu ada bagi pembekal yang ingin berdaftar akaun asas adalah:

  • Syarikat atau Perniagaan atau Pertubuhan atau Koperasi atau Persatuan hendaklah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.  Contoh ROC / ROB berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Mempunyai akaun simpanan/semasa yang aktif atas nama syarikat. Hanya akaun bank yang didaftarkan sahaja boleh digunakan bagi tujuan pembayaran.
  • Seorang Pentadbir Pembekal dilantik semasa membuat permohonan pendaftaran bagi membolehkan semua urusan pendaftaran/pengurusan akaun dan berurus niaga dalam perolehan Kerajaan.

4. Berapakan bayaran bagi pendaftaran akaun asas dan Pendataran MOF?

  • Pendaftaran akaun asas adalah percuma.
  • Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan bayaran fi pemprosesan sebanyak RM50 (tidak dikembalikan) hendaklah dijelaskan selepas pengisytiharan, manakala bayaran fi pendaftaran sebanyak RM400 hanya perlu dibuat setelah permohonan pendaftaran diluluskan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More