Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga Pembekal Malaysia

ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga Pembekal boleh didapatkan melalui sistem ePerolehan ini. Penggunaan sistem elektronik ini memudahkan pembekal dan kerajaan bagi mendapatkan sebarang notis berkaitan sebut harga atau tender. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

ePerolehan tender

Isi Kandungan

Sistem Elektronik ePerolehan

Penggunaan sistem ePerolehan kini tidak asing lagi dalam negara Malaysia kerana sistemnya yang lebih memudahkan dan memanfaatkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak pembekal dan pihak kerajaan. Melalui sistem ini, para pembekal dapat membuat iklan atau notis berkaitan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih efisien.

Unutuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sistem elektronik ini, anda boleh layari ePerolehan- Portal Perolehan Kerajaan Malaysia.

ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga Pembekal

Dalam penggunaan sistem ePerolehan ini, terdapat beberapa fungsi yang memudahkan pengguna untuk mencari sebut harga/ tender daripada mana-mana pembekal. Mereka akan ketahui Tajuk Perolehan, Pihak Bertanggungjawab(PTJ), Tarikh Notis diiklankan dan Tarikh tutup.

Pengguna hanya perlu memasukkan beberapa kata kunci yang diminta bagi memudahkan pencarian. Sebelum itu, akan saya kongsikan beberapa perkara berkaitan sebut harga dan tender ini.

Maksud Sebut Harga

Sebut harga atau mudah difahami dikenali sebagai “Dokumen Rasmi Perjanjian” yang akan diberikan oleh pembekal prospektif. Tujuannya adalah untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan yang disebut oleh pembeli pada harga yang dinyatakan berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Antaranya ialah:

  1. Syarat Jualan
  2. Pembayaran dan Jaminan(Termasuk harga yang dikenakan bagi produk/perkhidmatan)
  3. Tarikh, Masa dan Tempat Penghantaran
  4. Tempoh Sah Sebut Harga.

Melalui sebut harga ini, pembeli akan dapat makluman berkaitan perkhidmatan atau barangan sebelum membuat pembelian. Jadinya, untuk mendapatkan sebut harga ini, tender akan diapungkan oleh pengusahaan kerajaan.

Maksud Tender

Notis Sebut Harga/Tender Pembekal

Secara ringkasannya, tender merupakan satu tawaran yang diberikan oleh pihak klien yang bertujuan untuk membina sesuatu projek. Apabila tawaran tender ini dikelarkan, mana-mana pihak kontraktor yang berminat akan mengisi dan melengkapkan segala dokumen tender sebelum memulangkannya semula dalam tempoh yang ditetapkan.

Tender ini menjadi perkara utama yang dibuat oleh klien bagi mendapatkan kontraktor yang tebaik untuk projeknya. Maka, perbandingan akan dibuat berdasarkan dokumen tender yang diisi oleh kontraktor. Mana yang terbaik mengikut kehendak klien, maka kontraktor itulah yang akan dipilih mereka.

Perbezaan Sebut Harga dan Tender

SEBUT HARGA

TENDER

Tindak balas para kontraktor
untuk menyebut harga dan perkhidmatan
kepada klien.

Proses penawaran produk dan perkhidmatan yang diperlukan syarikat.

Dokumen penetapan anggaran kos untuk barangan atau perkhidmatan.

Proses permintaan
pembekal untuk membida barang atau perkhidmatan yang diperlukan pembeli/klien

Penggunaan ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga Pembekal

Langkah Penggunaan

  1. Pengguna/pembekal perlu log in masuk ke dalam sistem ePerolehan. Boleh baca cara-caranya di sini. Manual ePerolehan Login Lengkap.
  2. Di bahagian laman utama, anda boleh klik ikon “Notis Sebut Harga/Tender”.
  3. Paparan anda akan menunjukkan satu kotak carian berkaitan senara tender/notis harga berkenaan sesuatu projek. Jika dilihat di bahagian kiri anda, anda akan nampak beberapa kotak yang kosong.
  4. Itu merupakan kemudahan bagi anda mencari mana-mana tawaran tender yang melibatkan perkhidmatan atau barangan anda sebagai pembekal.
  5. Masukkan segala kata kunci yang anda mahukan.
  6. Setelah jumpa, anda perlu menekan paparan notis tender tersebut dan membaca segala maklumat berkaitan.
  7. Teruskan proses pembelian tender atau sebut harga anda dengan mengikut langkah-langkah yang dinyatakan.

MAKLUMAT/KATA KUNCI YANG BOLEH ANDA MASUKKAN:

  • Kriteria Carian – No. Sebut Harga/Tender, Tajuk Perolehan, Kod Bidang dan lain-lain.
  • Tarikh Iklan – Masukkan tarikh iklan yang anda anggarakan.
  • Lokasi – Pilihan lokasi ini akan menapis carian kepada tempat/kawasan yang anda mahukan sama ada mudah untuk menyelesaikan urusan perjanjian atau penghantaran ketika berurusan.
  • Tarikh Taklimat
  • Tarikh Lawatan Tapak
  • Tarikh Tutup

Senarai ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga Pembekal

Berikut merupakan antara senarai ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga yang terkini:

  • PERMOHONAN PERKHIDMATAN SEDIA SAJIAN MAKANAN BAGI KURSUS AIRCRAFT FOUNDATION COURSE (AFC)
  • PERKHIDMATAN MEMBEKAL BENDERA JALUR GEMILANG BAGI PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) MERDEKA TAHUN 2021 DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
  • SEWAAN 10 UNIT TANDAS BERGERAK BAGI KEGUNAAN PPV / CAC DAN SWAB CENTRE DI BAWAH PKD KLANG BAGI TEMPOH 4 BULAN
  • PERKHIDMATAN PENYEDIAAN MAKANAN BERMASAK BAGI LDP CTT SKUADRON A UNIT 69 KOMANDO
  • PEMBEKALAN ALAT GANTI RADAR & ELECTRICAL ITEM KD SRI JOHOR
  • SEBUT HARGA B BAGI UPAH KERJA PEMBAIKAN KJC DI IKEM
  • SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEKALAN TONER MESIN PENCETAK DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KEMASIK, TERENGGANU

Untuk mendapatkan hasil carian yang lebih banyak, anda boleh melayari laman utama Sistem ePerolehan Malaysia.

Garis Panduan Pembelian Terus, ePerolehan Tender/Notis Sebut Harga Pembekal

ePerolehan Tender

Anda boleh mendapatkan manual penggunaan ePerolehan Tender di sini bagi memudahkan urusan anda. Moga-moga membantu.

Manual Pengguna Sebut Harga Tender ePerolehan

Garis Panduan Penyediaan Spesifikasi Bagi Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender

Kaedah Perolehan Kerajaan.

Gunakan ePerolehan Tender

Diharapkan agar perkongsian artikel ini dapat membantu anda membuat pengurusan yang lebih efisien dalam mencari tender atau sebut harga bagi perkhidmatan dan barangan yang syarikat anda tawarkan. Buatlah perancangan yang lebih sistematik dengan menggunakan sistem ePerolehan ini.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More