Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ePerolehan MOF- Penggunaan Akaun MOF Bagi Pembekal Berdaftar Malaysia

ePerolehan MOF ini merupakan salah satu jenis akaun yang ada dalam sistem elektronik perolehan kerajaan Malaysia. Jadi, pembekal yang menyediakan perkhidmatan atau barangan di Malaysia digalakkan untuk mengetahui berkaitan sistem ePerolehan ini. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

ePerolehan MOF

Isi Kandungan

Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Umumnya kita ketahui, Kementerian Kewangan Malaysia atau Ministry of Finance(MOF) merupakan antara salah satu jabatan yang terpenting dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Kementerian Kewangan ini bertindak sebagai pengurus terbesar dalam pendapatan negara Malaysia, pertumbuhan ekonomi dan juga bahkan pembahagian kekayaan yang saksama antara rakyat.

Jadi, sistem ePerolehan ini merupakan antara alternatif mereka bagi memudahkan sistem pentadbiran. Pembekal dapat manfaat dalam penyediaan perkhidmatan atau barangan mereka. Sebelum ini, telah kami kongsikan berkaitan sistem ePerolehan ini. Anda boleh membaca ePerolehan-Portal Perolehan Kerajaan Malaysia.

Sijil/Lesen Kewangan MOF

Pengenalan

Lesen kewangan MOF ini merupakan satu bentuk pendaftaran yang perlu didapatkan oleh mana-mana peniaga yang menyediakan perkhidmatan atau barangan dengan kerajaan Malaysia. Sekiranya peniaga ini ingin mendapatkan mana-mana tender daripada pihak kerajaan, maka lesen kewangan MOF ini amatlah diperlukan.

Ianya menjadi bukti bahawa anda sudahpun menjadi peniaga/pembekal berdaftar di bawah kerajaan Malaysia dan boleh menyertai sama ada tender daripada kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan.

Syarat dan Kegunaan

Syarat yang paling utama untuk mendapatkan lesen kewangan MOF ini anda perlulah menjadi sebagai salah satu entiti perniagaan di Malaysia dalam bentuk enterprise atau Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Laman Utama Syarikat Suruhanjaya Malaysia(SSM).

Bagi pendaftaran lesen kewangan MOF, anda boleh buat secara terus di laman web rasmi ePerolehan Malaysia.

Antara kelebihan mendaftar perniagaan anda sebagai lesen kewangan MOF, adalah:

  1. Boleh mendapatkan status bumiputera yang akan menjadi kelebihan dalam bersaing dengan syarikat-syarikat lain.
  2. Mudah dan senang untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia dalam mendapatkan tender atau projek besar besar. Ini kerana, kebiasaannya mana-mana projek di bawah kerajaan adalah dalam jumlah jualan dan kuantiti yang besar.
  3. Syarikat mendapat kredibiliti dan lebih dipercayai kerana menjadi pendaftar di bawah Kementerian Kewangan Ma;aysia.

ePerolehan MOF

Pendaftaran Akaun ePerolehan MOF

Bagi pendaftaran akaun MOF, caranya adalah hampir sama dengan langkah bagi pendaftaran akaun asas atau 2G2. Seperti sebelum ini, sudah saya kongsikan berkaitan cara pendaftaran akaun asas dalam artikel ePerolehan Login-Manual Lengkap Log Masuk Akaun ePerolehan.

Notis Sebut Harga/Tender Pembekal

Secara ringkasannya, anda hanya perlu:

  • Pergi ke laman utama sistem ePerolehan Malaysia. Pilih ikon “Pendaftaran Pembekal Baharu” .
  • Pilih kategori akaun ePerolehan MOF.
  • Baca dan fahamkan segala Terma dan Syarat yang tertera di skrin anda. Jangan lupa tekan butang “Captcha” dan “Saya Bersetuju:.
  • Teruskan pendaftaran akaun MOF anda dengan memasukkan segala maklumat  dan butiran peribadi berkaitan syarikat dan perkhidmatan yang anda tawarkan.
  • Pendaftaran akaun anda akan berjaya sehinggalah anda menerima tetingkap notifikasi “Pendaftaran Anda Telah Berjaya”. Maklumat Pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang telah anda daftarkan.
  • Pastikan anda membuka e-mail dan menyimpan maklumat pendaftaran dan pengaktifan anda.
  • Pendaftaran akaun ePerolehan MOF anda suda selesai. Anda boleh teruskan dengan langkah seterusnya yang diminta oleh laman sesawang sistem elektronik ini.

Syarat Pendaftaran Akaun ePerolehan MOF

Untuk mendaftar akaun MOF ini, anda perlulah:

1. Menjadi seorang pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 ATAU lebih. Perkara ini dipecahkan kepada 2 kategori,

  • Kontraktor – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding ATAU bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan).
  • Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

2. Pendaftar perlulah membayar sejumlah wang sebanyak RM450 untuk “Pendaftaran Baharu” dan tempoh sahlaku penggunaan akaun MOF adalah selama 3 Tahun.

Penyelenggaraan Akaun

Kepada mereka yang sudah mempunyai akaun MOF, anda boleh membuat penyelenggaran dari semasa ke semasa. Anda item yang boleh diselenggara adalag seperti:

BILANGAN

PERKARA
PENYELENGGARAAN

1.

Kemaskini Maklumat CBP

2.

Permohonan Status Bumiputera

3.

Permohonan Tambah Bidang

4.

Permohonan Kemaskini Profil MOF

5.

Permohonan Pembaharuan Akau MOF

6.

Paparan Sijil Maya

7.

Menghapus Permohonan Dalam Status Menunggu

8.

Permohonan Pembatalan Akaun Mof

9.

Profil Pembekal

10.

Pengurusan Sijil Digital

11.

Sejarah Permohonan

12.

Cetakan Semula Resit Bayaran

13.

Penugasan Semula

NOTIS: Ini merupakan antara perkara yang dapat diselenggara atau dikemaskini. untuk maklumat lanjut, boleh layari laman utama ePerolehan.

Manual Pengguna Penyelenggaraan Akaun ePerolehan MOF

ePerolehan MOF

Pengguna/pembekal di sistem ePerolehan boleh mendapatkan manual pengguna bagi penyelenggaraan akaun MOF supaya tidak melakukan kesalahan. Anda boleh dapatkan di sini dalam bentuk PDF.

Muat Turun Manual Pengguna Penyelenggaraan Akaun MOF ePerolehan.

Soalan Lazim ePerolehan MOF

Bagaimanakah saya mahu mendaftar perniagaan saya di bawah kerajaan?

Untuk mendapatkan lesen kewangan MOF, di manakah saya boleh mendaftar?

  • Dapatkan lesen kewangan MOF anda di laman utama ePerolehan ATAU boleh hubungi Hotline ePerolehan di talian 03-7985 7777 ATAU Servis SMS ePerolehan.

Perlu atau tidak untuk saya daftarkan syarikat perniagaan saya ini di bawah akaun MOF?

  • Kepada pembekal/peniaga/pengusaha, anda amatlah digalakkan untuk mendaftar dan mengguna pakai sistem ePerolehan ini. Ianya akan membantu anda mendapatakn tender yang besar dan menguntungkan, bahkan mampu menyimpan segala rekod pembekalan anda.

Daftarkan Perniagaan Di ePerolehan MOF Sekarang

Diharapkan agar perkongsian pada kali ini membantu anda dalam meningkatkan perusahaan perniagaan anda. Kadangkala, kesalahan mana-mana syarikat adalah apabila mereka tidak menerima atau lambat notis mana-mana tender.

Jadinya, sistem ePerolehan ini akan membantu pengurusan anda. Akhir kalam, berusahalah bagi berjuang untuk berkhidmat dan menyumbang kepada ekonomi negara.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More