Sumber Rujukan Globalisasi Anda

FENOMENA BAHARU, DIY WALL PANELLING GAYA DEKORASI MASA KINI

Wall panel adalah lembaran papan yang mempunyai corak atau motif serta bertekstur. Berguna untuk menjadikan dinding tampak bertekstur / bermotif.

Penggunaannya sendiri sebagai alternatif pengganti wallpaper kerana bentuk profilnya yang bernilai seni, lebih berkesan daripada wallpaper yang hanya menyediakan corak dan warna sahaja.

Wall panel biasa digunakan pada berbagai macam bangunan dan ruangan, baik bangunan komersial mahupun bangunan rumah. Juga digunakan sebagai wall covering pengganti wallpaper, atau sebagai penyekat ruangan. Umumnya dinding 3D digunakan untuk menonjolkan suatu elemen ruangan.

Kini terdapat satu trend mendeco sendiri rumah dengan menggunakan kayu syiling. Hasilnya seperti dekorasi di hotel dan rumah mewah. Semua di buat sendiri sahaja dengan bahan-bahan yang boleh di beli di kedai hardware.

Lihat perkongsian seorang pengguna facebook Yang Noor Liny Mohamad

Alhamdulillah, finally siap jugak. dinding kayu fesyen terkini namanya. WALL PANELING.

credit to my beloved husband, gigih penuhi impian isteri. total 2.5 hari untuk siapkan semua ni sbb en suami buat sorang2. isteri bantu keja ringan2 ja. bahagia seorang isteri dtg dari suami yg membahagiakan… kaum isteri x minta intan berlian pun.

akk share barang yg diperlukan :

CAT JOTUN
FILLER
BRUSH
TINNER
GUM 5 BOTOL
WHITE UNDER COAT
KAYU SYILING 10 KAKI X 22 BATANG
PAKU
SELOTAPE

(harga brg berbeza setiap kawasan)

akk halalkan untuk share. semoga bermanfaat. jom buat, isi masa lapang time MCO.

 

Berikut di kongsikan pula idea corak wall panelling yang lain untuk pilihan anda:

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada yang ingin mengubah suai dekorasi kediaman masing-masing agar nampak mewah dan moden.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More