Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DIY KABINET DAPUR UNTUK ISTERI

Dapur yang menarik dan cantik semestinya menjadi tempat idaman para isteri kerana itu tempat sang isteri memasak dengan penuh kasih sayang. Dapur yang dilengkapi dengan kabinet pasti memuaskan hati para isteri. Memandangkan kabinet dapur ketika ini terlalu mahal,para suami boleh cuba DIY sendiri kabinet dapur untuk di hadiahkan kepada isteri anda.

Mari lihat perkongsian mohd raffiq dalam group facebook suami isteri deco apa hari ini.

DIY KABINET DAPUR KAYU PINE

Setelah seminggu berjuang bersama isteri,akhirnya siap juga kitchen kabinet kayu pine impian isteri.

Bermodalkan kurang lebih RM250 untuk keseluruhan kitchen kabinet kami.

Bukan tak mampu,tapi suka buat apa yang kami nak.😁

hadiah kepada isteri saya yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kami yang ke 3,semoga isteri saya dipermudahkan urusannya nanti.

Nota

Harga yang saya nyatakan tu sbb buat sendiri ye,kalau upah orang mungkin akan jadi mahal sebab kualiti pembuatan dan skill diaorg,jangan bandingkan dengan hasil yang sy buat,kerana tersangat jauh bezanya.

Disetiap gambar,ada caption.

Terima order dari isteri melalui WhatsAppΒ πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa lagi,terus pergi port untuk cari bahan2.saya guna kayu pine terpakai untuk jimatkan kos.

Selesai pilih kayu yang bersesuaian..saya pilih kayu yang dibuka dari ceraian kotak mesen,tapi bukan kt port tadi,port lain..sekeping besar rm10,saya beli 7 keping,dan sekeping kecik rm6,saya beli 2.selain tu ada beli kayu utk badan kotak kos dalam RM30.

Total kos kayu = RM 112

Kemudian,kena buka satu persatu kayu,ini part paling malas no 1..🀣🀣.kayu pine ni kalau salah buka,memang jadi kayu api je la..😁

Dah buka semua kayu,nak kena gosok plak bagi licin..ini part malas no 2🀣🀣🀣.saya menggunakan mesen grinder yang ditukar mata penggosok kertas pasir.

Kendian,mula la proses potong dan cantum..sy potong menggunakan gergaji besi,sebab x ada table saw.jangan guna grinder mata potong kayu ye..bahayaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….dh siap cantum,sapu syelek siap2.saya guna 4 botol syelek,sebotol RM12,engsel plak sepasang RM3,pakai 8 termasuk kabinet bawah

Kos
Screw sekilo = RM15
Syelec. = RM48
Engsel. = RM24

Dah siap semua kabinet,kemudian boleh la pasang pada dinding.menggunakan L shape beli kat DIY 10 keping RM8.

Next,buat kabinet bawah pulak…mula2 buat rangka,kendian pasang pintu.setle..pun sama,takda drawing,apa yang terlintas kat kepala je.πŸ˜…

Dh siap sebelah,buat lagi sebelah pulak….ulang proses yang sama.

Dah siap pasang dua,saya syellec untuk kemasan dan tahan lama..syellec yang diguna adalah jenis anti anai anai.

Dah siap keseluruhan kitchen kabinet impian isteri saya..😁.lampu tu beli time promo satu RM65,beli 2.

Ini lah alatan asas yang saya guna..memang pakai apa yang ada je,xada alat power2..yang paling penting,JANGAN POTONG KAYU GUNA MATA KAYU GRINDER. sangat sangat bahaya.sekian,jumpa lagi di nex projek.😁
Semoga bermanfaat!
Kredit : mohd Raffiq

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More