Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu

Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu kini menjadi bualan hangat bagi para pendaki Gunung Kinabalu setelah satu perkongsian di media sosial yang memperlihatkan terbentuknya salji di beberapa kawasan di Gunung Kinabalu, Sabah. Perkara ini sememangnya bukanlah satu perkara yg biasa terjadi namun bukanlah pelik jika ia berlaku.
Mengikut beberapa gambar dan video yang diambil beliau yang bertarikh 19 September 2020 itu, jelas menunjukkan ianya adalah salji yang sebenar.
Pada tahun 2018, pernah juga ketulan-ketulan ais dijumpai di puncak Gunung Kinabalu menurut laporan akhbar Berita Harian. Cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak Gunung Kinabalu menyebabkan air yang bertakung bertukar menjadi ketulan ais.
Pendaki Gunung Kinabalu itu yang dikenali sebagai Wandy John berkongsi keajaiban itu dilaman Facebook beliau. Dan ia telah mendapat sambutan ramai dari netizen kerana ianya adalah perkara yang aneh dan amatlah jarang berlaku.
Menurut satu artikel yang berkait dengan kejadian yang sama berlaku sekarang ini. Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji.
Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi. Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.
“Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.
Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah. Selain dari itu, hal ini sebenarnya pernah juga terjadi pada tahun 1993 seperti dilaporkan dalam blog cerita ranau.
GUNUNG KINABALU PERNAH DILITUPI SALJI
