Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Trauma Wanita Nyaris Maut dihempap Konkrit

Seorang pemandu wanita nyaris maut dihempap satu kepingan konkrit dari kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang tadi.

wanita nyaris maut
Kereta wanita itu remuk teruk akibat dihempap konkrit yang sebesar 1 meter persegi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, kenderaan yang dipandu oleh mangsa tiba-tiba dihempap oleh satu kepingan konkrit yang bersaiz 1 meter persegi, yang secara tiba-tiba terjatuh dari tempat pembinaan lebuh raya. Satu video yang tersebar di media sosial yang berdurasi 27 saat itu menunjukkan mangsa yang masih lagi dalam lemah longlai kerana terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

Kenderaan wanita tersebut remuk teruk, namun wanita itu terselamat dan hanya kelihatan luka di bahagian tangan kirinya sahaja. Menurut laporan dari Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Mokhsein Mohamed Zon, kejadian kira-kira 5.45 petang itu berlaku di MRR2 berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan dari arah Sungai Besi menghala ke Ampang. 

Mangsa dihempap Konkrit

“Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu, diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM) dan sedang menerima rawatan di Zon Kuning,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Menurutnya, insiden tersebut menyebabkan kesesakan trafik di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaanKatanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam. 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More