Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PM Harap KWSP Fokus Tingkat Pelaburan Tempatan Kepada 70 Peratus

Fokus Tingkat Pelaburan Tempatan Kepada 70 Peratus – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menugaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan pelaburan tempatan kepada 70 peratus tahun 2023 ini daripada 64 peratus pada tahun 2022.

Beliau juga mahu KWSP melihat kembali hala tujunya supaya pelaburan yang dibuat seiring aspirasi kerajaan hari ini yang memberi fokus antaranya kepada pembabitan sektor belia, pertanian sebagai pemangkin keselamatan makanan negara dan syarikat pemula.

Fokus Tingkat Pelaburan Tempatan Kepada 70 Peratus

Katanya, hal itu perlu diberi pertimbangan sesuai dengan pendekatan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran negara dalam bidang pertanian.

“Kita (Malaysia) bila naik kadar produktiviti, tapi kadar upah itu masih di tangga yang jauh lebih rendah. Jadi kesenjangan akan terus melebar. Inilah cabaran-cabaran yang kita harus dapat tangani. Keupayaan kerajaan, kalau kita dapat terus cari pelaburan baharu, dan dapat hasil lebih baik, maka kita dapat kembalikan pulangan kepada rakyat,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Menara KWSP di sini, pada Isnin.

Fokus Tingkat Pelaburan Tempatan Kepada 70 Peratus

Hadir sama, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan pelaburan KWSP.

“Panel pelaburan KWSP harus kekal bebas dan profesional yang mengambil keputusan berdasarkan kepentingan KWSP dan pencarum. Jadi pendekatan panel pelaburan diubahsuai dan bukan Menteri mengarahkan supaya melabur dalam mana-mana syarikat pilihan. Ini penting kerana selari dengan Madani, yang mana tatakelola dan amanah menjadi tonggak kepada dasar kita,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Fokus Tingkat Pelaburan Tempatan Kepada 70 Peratus ini diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia seiring dengan konsep Malaysia MADANI.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More