Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN Kini Dibuka

FSA2 Pinjaman KWSP BSN merupakan satu daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023. KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.

Permohonan FSA2 boleh dibuat melalui 2 bank buat masa ini, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang akan ditawarkan oleh BSN.

Isi Kandungan

Apa Itu FSA2 Pinjaman KWSP BSN?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 14 April 2023.

FSA2 Pinjaman KWSP BSN

Maklumat Pembiayaan

Berikut adalah maklumat pembiayaan:

Kadar Keuntungan

  • *KAS + 1.75%

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM3,000
  • Maksimum: RM50,000

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh
    pembiayaan, yang mana terdahulu.

Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan

  • Tunai di kaunter BSN Arahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction) Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lain IBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN

Syarat Kelayakan Permohonan

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak BSN adalah seperti berikut:

  • Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
  • Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
  • Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
  • Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan

Cara Semakan Kelayakan Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN

Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2) ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu
  2. Semak kelayakan di i-Akaun
  3. Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)

Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.

Tarikh Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN

  • Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN akan dibuka secara online menerusi Laman Web Rasmi BSN mulai 14 April 2023 hingga 4 April 2024.

Cara Permohonan Insan-i 

Untuk memohon Insan-i, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari Laman Web Rasmi BSN untuk membuat permohonan.
  2. Memahami dan menerima Kesedaran & Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
  3. Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
  4. Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
  5. Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
  7. Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.
  8. Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
  9. Anda boleh menyemak status permohonan melalui Laman Web Rasmi BSN menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
  • Borang Permohonan (atas talian).
  • Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.
  • Penyata Pendedahan Produk.
  • Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
  • Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
  • Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.

Sekiranya pembiayaan anda berjaya, bayaran ansuran bulanan pertama akan bermula pada tarikh amaun pembiayan penuh diterima pada bulan seterusnya dan /atau pada tarikh yang akan diputuskan oleh BSN mengikut budi bicara.

Sekiranya pembiayaan anda berjaya, ansuran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya adalah pada tarikh yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan. Pembayaran ansuran bulanan boleh dilakukan melalui:

    1. Secara tunai di kaunter BSN
    2. Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN
    3. Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain
    4. Melalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN

Jika berlaku sebarang kegagalan/kelewatan pembayaran ianya akan menjejaskan rekod kewangan / kredit di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS) pelanggan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 Pinjaman KWSP BSN anda boleh layari Portal Rasmi FSA2 serta untuk dapatkan info terkini berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Semoga perkongsian tentang FSA2 Pinjaman KWSP BSN ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More