Kawasan Hotspot Gajah Melintas & Tips Jika Berhadapan Gajah Liar

Baru-baru ini telah viral satu video seekor anak gajah yang telah dirempuh oleh sebuah lori.
Justeru, berikut admin ingin kongsikan sedikit info penting mengenai kawasan gajah melintas yang terdapat di Malaysia dan kita perlu ambil tahu.
Isi Kandungan
Mengenai Gajah Di Malaysia
Gajah adalah haiwan darat terbesar yang masih hidup.
Ciri-ciri tersendiri gajah termasuk belalai panjang yang dipanggil belalai, gading, penutup telinga yang besar, kaki seperti tiang, dan kulit kelabu yang keras tetapi sensitif.
Batangnya boleh diikat, membawa makanan dan air ke mulut dan menggenggam objek.
Gading, yang berasal dari gigi kacip, berfungsi sebagai senjata dan sebagai alat untuk menggerakkan objek dan menggali.
Kepak telinga yang besar membantu dalam mengekalkan suhu badan yang malar serta dalam komunikasi.
Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung, manakala gajah Asia mempunyai telinga yang lebih kecil dan punggung yang cembung atau rata.
Gajah Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Elephas maximus hirsutus ialah subspesies Gajah Asia yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
Sekarang Gajah Malaysia diklasifikasikan sebagai sebahagian dari Gajah India (Elephas maximus indicus) kecuali Gajah Borneo.
Kebiasaannya gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian.
Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas.
Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai. Gajah Malaysia biasanya di dapati di hutan dara dan hutan sekunder.
Makanan utama gajah Malaysia adalah daun, rumput dan buah-buahan. Gajah Malaysia juga suka makan buah Durian.

Antara Kes Nahas Jalan Raya Membabitkan Anak Gajah
Baru-baru ini, tular rakaman video seekor gajah betina yang enggan berganjak selepas anaknya mati digilis sebuah lori dan gajah betina tersebut dilihat cuba menolak lori yang dipercayai telah merempuh anaknya dalam kemalangan sekitar jam 2.50 pagi.
Video berkenaan sangat mengundang pilu para netizen kerana ianya juga berlaku pada malam Hari Ibu.
Justeru, berikut adalah beberapa kes kemalangan membabitkan anak gajah yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun kebelangan ini, iaitu:
Tarikh | Kes Nahas |
---|---|
11 Mei 2025 | Seekor anak gajah jantan berusia lima tahun mati dirempuh lori kontena di Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli. |
15 April 2024 | Seekor anak gajah betina berusia tujuh tahun mati dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 50, JRTB Gerik – Jeli. |
24 Mac 2024 | Seekor anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api penumpang di Kilometer 678 antara Rengam ke Mengkibol, Kluang, Johor. |
26 November 2022 | Seekor anak gajah mati dilanggar kereta Perodua Viva di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu ke Sandakan, Sabah. |
17 Januari 2021 | Seekor anak gajah jantan berusia lingkungan empat ke lima tahun mati dilanggar kenderaan berat di Kilometer 11, Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli. |
Kawasan Hotspot Gajah Melintas Di Malaysia
Berikut adalah kawasan-kawasan hotspot gajah melintas, iaitu:
- Jalan Raya Timur – Barat
- Jalan Gua Musang – Hulu Terengganu
- Jalan Mersing – Kluang
- Jalan Kota Tinggi – Mersing
Di samping itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perhilitan telah memasang papan tanda amaran khas di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti sebagai laluan gajah yang bertujuan untuk menyedarkan pemandu kenderaan yang mereka sedang dan telah memasuki kawasan kekawanan gajah liar melintasi jalan raya dari satu kawasan hutan ke kawasan hutan lain.
Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, sebanyak 39 lintasan gajah di seluruh negara turut dilengkapi lampu jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan melindungi haiwan liar itu.
Sehubungan itu, KKR berharap supaya pemandu dapat mengurangkan kelajuan dan sentiasa berwaspada khususnya di lokasi-lokasi lintasan haiwan itu.

Tips Berhadapan Dengan Gajah Melintas Di Jalan Raya
Berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan dari bertembung dengan gajah liar di jalan raya, iaitu
- Rancang perjalanan anda dan hanya lalu pada jalan yang menjadi hotspot gajah melintas itu pada waktu siang sahaja kerana gajah akan mula keluar dan melintasi jalan bermula pada waktu senja sehingga waktu subuh.
- Sekiranya anda melalui jalan ini pada waktu malam ketika hujan, risiko untuk anda bertembung dengan gajah melintas semakin meningkat. Jadi elakkan daripada menggunakan jalan hotspot gajah melintas pada waktu malam ketika hujan.
- Terdapat beberapa laporan serangan gajah menunjukkan gajah juga keluar ketika waktu hujan dan bulan mengembang penuh. Jadi, waktu malam bukanlah waktu yang baik bagi memandu di jalan tersebut.
- Jaga mulut ketika melalui jalan hotspot gajah melintas kerana jalan yang anda lalui ini merupakan kawasan hutan. Jangan simpan niat untuk berjumpa gajah, jangan bercakap besar dan berkata ingin melanggar gajah atau jangan sesekali tunjuk berlagak ketika melalui jalan ini.
- Sekiranya anda melalui jalan ini dan terdapat beberapa pengguna memberikan amaran melalui lampu tinggi, maka perlahankan kereta anda dengan segera kerana besar kemungkinan terdapat gajah cuba melintas jalan pada ketika itu. Berhenti pada jarak yang selamat dan cari ruang yang cukup untuk anda berpatah balik jika berlaku kecemasan. Gajah boleh berlari 40km/j, lagi laju dari anda berjogging.
Berikut pula adalah tips jika anda bertembung dengan gajah liar di jalan raya, iaitu
- Berhenti dan beri laluan kepada gajah melintas terlebih dahulu kerana ia akan menunggu di tengah jalan sekiranya anaknya belum lagi melintas. Jangan cuba melepasi kumpulan gajah tersebut.
- Jika anda bertembung dengan gajah pada waktu malam, matikan lampu tinggi dan sekiranya perlu, matikan lampu besar. Hanya nyalakan lampu kabus bagi memudahkan pemandu lain melihat anda.
- Jangan nyalakan lampu hazard pada waktu malam ketika berhenti. Cahaya yang berkelip-kelip akan menyebabkan gajah menyerang kereta anda.
- Jangan jadi bebal dan bunykan hon pada kawanan gajah, perbuatan tersebut menjadikan seolah-olah anda cuba menyerang mereka.
- Dilarang sama sekali membaling apa-apa objek pada gajah kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai ofensif.
- Sekiranya anda terjumpa gajah yang sedang makan di hutan, jangan sesekali berhenti dan selfie dengan mereka kerana ini adalah gajah liar bukannya gajah yang dilatih di dalam zoo.
- Jangan tekan pedal minyak sehingga enjin berbunyi (rev) kerana bunyi bising itu boleh menganggu dan mengancam gajah.
- Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling. Sekiranya anda melihat gajah berjalan laju ke arah anda dengan telinga bercapang, membaling objek dengan belalai, membuat bunyi, mengangkat belalai ke arah anda dan mulai berlari ke arah anda, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah berpatah balik ataupun pandu kereta segera sejauh mungkin dari mereka.
Akhir sekali, kita juga boleh cuba mengamalkan bacaan Bismillah, Zikir dan Doa Nabi Sulaiman ketika berhadapan dan untuk menghalau gajah liar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!