Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Tarikh & Lokasi, Hebahan Penutupan Jalan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang akan berlangsung di Malaysia untuk pengetahuan dan makluman anda semua diluar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Sidang Kemuncak ASEAN?
Sidang Kemuncak ASEAN merupakan pertemuan tertinggi antara para pemimpin negara-negara anggota ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) yang diadakan secara berkala bagi membincangkan isu-isu penting berkaitan serantau dan antarabangsa.
Sidang ini berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim dan hubungan luar.
Dihadiri oleh ketua-ketua negara atau Kerajaan dari 10 negera anggota, iaitu:
- Brunei Darussalam.
- Kemboja.
- Indonesia.
- Laos.
- Malaysia.
- Myanmar.
- Filipina.
- Singapura.
- Thailand.
- Vietnam.
Sidang ini memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dasar dan inisiatif serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
Melalui deklarasi dan perjanjian yang dipersetujui, ASEAN terus memperkukuh perpaduan dan identitinya sebagai satu komuniti serantau yang dinamik serta berpengaruh di peringkat global.
Objektif Sidang Kemuncak ASEAN 2025 adalah:
- Mengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan keselamatan demi kepentingan bersama.
- Menyelaraskan pendirian bersama terhadap cabaran seperti krisis ekonomi, pandemik, perubahan iklim, keselamatan siber dan ketegangan geopolitik.
- Mewujudkan dialog terbuka dan diplomatik untuk mencegah konflik serta mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
- Membangunkan rasa kekitaan dan perpaduan serantau melalui inisiatif sosial, budaya dan pendidikan yang menyatukan rakyat ASEAN.
- Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan merangkumi negara-negara yang kurang maju dalam kalangan anggota ASEAN.
Tarikh & Lokasi Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 adalah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
- Tarikh: 26 Mei 2025 – 28 Mei 2025
- Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Tema: ‘Keterangkuman dan Kemampanan’
- Negara Terlibat: 20,000 individu termasuk perwakilan, peserta, anggota sekretariat serta kakitangan sokongan (10 pemimpin negara anggota ASEAN, 19 ketua negara dijangka hadir termasuk dari negara Teluk dan China)
Jadual program sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 ini adalah seperti ketetapan berikut:
| Tarikh | Aktiviti | Lokasi |
|---|---|---|
| 26 Mei 2025 | Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Plenari) | Kuala Lumpur |
| 26 Mei 2025 | Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Berundur) | Kuala Lumpur |
| 26 Mei 2025 | Majlis Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur Wawasan Komuniti ASEAN (ACV) 2045 | Kuala Lumpur |
| 26 Mei 2025 | Antara Muka Pemimpin dengan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) | Kuala Lumpur |
| 26 Mei 2025 | Antara Muka Pemimpin dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) | Kuala Lumpur |
| 27 Mei 2025 | Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) ke-2 | Kuala Lumpur |
| 27 Mei 2025 | ASEAN-GCC * Sidang Kemuncak China | Kuala Lumpur |
| 27 Mei 2025 | Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16 | Kuala Lumpur |
| 27 Mei 2025 | Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina ke-16 | Kuala Lumpur |
| 27 Mei 2025 – 28 Mei 2025 | Persidangan Audit ASEAN 2025 | Putrajaya |
| 27 Mei 2025 – 28 Mei 2025 | Bengkel untuk Pengharmonian Garis Panduan ASEAN mengenai Konsep Plat Sihat | Persidangan Video (Videoconference) |
Hebahan Penutupan Jalan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Orang awam diminta untuk mengambil perhatian mengenai penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan sempena Mesyuarat Kepengerusian ASEAN ke-46 (ASEAN Summit 2025) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 23 Mei 2025 sehingga 28 Mei 2025, bermula seawal pukul 7.00 pagi sehingga selesai pergerakan VVIP.
Antara laluan utama yang terlibat adalah seperti berikut:
- Laluan ke / dari KLIA & Subang.
- Laluan ke / dari KLCC, Istana Negara & hotel penginapan rasmi.
- Jalan-jalan utama sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
- Lebuhraya: ELITE, NKVE, GUTHRIE, MEX, KL–Seremban & lain-lain.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mula digerakkan 30 minit sebelum waktu penutupan jalan bermula bagi memastikan kelancaran kawalan lalu lintas.
Justeru, orang awam disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal, menggunakan pengangkutan awam atau mengelakkan laluan terlibat dan patuhi arahan petugas trafik.

Penutupan jalan akan dilakukan mengikut jadual sebenar yang telah ditetapkan.
Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihati mengelakkan laluan terlibat dan mematuhi arahan petugas trafik.
Pelaksanaan BDR & PDPR Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Sementara itu, Kerajaan juga akan melaksanakan langkah Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel bagi penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan trafik.
Ketua jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan BDR berdasarkan garis panduan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2.
Dasar ini menekankan keseimbangan antara keperluan agensi dan kesejahteraan pegawai, selaras dengan nilai-nilai Madani.
Pegawai yang layak digalakkan berhubung dengan ketua jabatan masing-masing dan pelaksanaan dasar ini perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran urusan perkhidmatan awam tidak terjejas.
Di samping itu, sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor juga diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 Mei 2025 sehingga 28 Mei 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 ini.
Kementerian Pendidikan memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah yang terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu berlangsung.

Senarai sekolah yang terlibat dan diberikan kebenaran untuk melaksanakan PdPR adalah seperti ketetapan berikut:
| Senarai Sekolah Terlibat PdPR Di Kuala Lumpur | 1. SMK Convent Bukit Nanas 2. SMK Puteri Wilayah 3. SMK Padang Tembak 4. SMK Puteri Ampang 5. SMK Seri Ampang 6. SMK Puteri Titiwangsa 7. SMK Seri Titiwangsa 8. St John Institution 9. SK Convent 1 dan 2 Bukit Nanas 10. SK St John 1 11. SJKC Nan Kai 12. SK Kg Bharu 13. SK Pendidikan Khas Kg Bharu 14. SJKT Jalan Fietcher 15. SK Jalan Kuantan 2 16. SK Padang Tembak 1 17. SK Padang Tembak 2 18. SK Polis Depot 19. SK Jalan Gurney 1 20. SK Jalan Gurney 2 21. SK Jalan Raja Muda 22. SJKC Lai Meng 23. SMK Maxwell 24. SMK Kiaramas 25. SJKT Appar 26. SJKC Chung Kwok 27. SK (L) Jalan Batu 28. SK (P) Jln Batu 29. SK Pendidikan Khas Jln Batu 30. SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Taman Maluri 31. SK Kiaramas 32. SMK (P) Bandaraya 33. SMK (P) Jalan Pudu 34. SSMK (P) Methodist KL 35. SJKC Kuen Cheng 1 36. SK Jalan Hang Tuah 37. SK (P) Pudu 38. SJKC Kung Min 39. SK Jalan Pasar 40. SK Dato Abu Bakar 41. SK Sultan Hishamuddin Alam Shah |
| Senarai Sekolah Terlibat PdPR Di Selangor | 1. SK Lembah Subang 2. SK Assunta (Satu) 3. SK (L) Bukit Bintang (1) 4. SK Methodist, PJ 5. SK Jalan Selangor (Satu) 6. SK 2 Jalan Selangor 7. SK Satu Sultan Alam Shah 8. SK 2 Sultan Alam Shah 9. SK Sungei Way 10. SJK(T) Vivekananda 11. SMK Sri Utama 12. SMK Lembah Subang 13. SMK Assunta 14. SMK (L) Bukit Bintang 15. SMK Katholik 16. SMK La Salle, PJ 17. SMK Sultan Abdul Samad 18. SMK (P) Tmn Petaling 19. SK Tudm Subang 20. SK TTDI Jaya 21. SK Bukit Jelutong 22. SMK TTDI Jaya 23. SMK Shah Alam 24. SMK Bukit Jelutong 25. SK Cyberjaya 26. SK Taman Putra Perdana 27. SK Taman Putra Perdana 2 28. SJK(C) Union 29. SMK Cyberjaya 30. SMK Putra Perdana |
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info Sidang Kemuncak ASEAN 2025 ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



