Mesyuarat ASEAN 2025: Lencongan Jalan Raya Sempena AMM Ke-58

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan berlangsung di Malaysia untuk pengetahuan dan makluman anda semua diluar sana.
Isi Kandungan
Mengenai Mesyuarat ASEAN 2025
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan akan berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, akan merangkumi 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk sesi libat urus bersama rakan dialog ASEAN dan rakan dialog sektorai.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) 2025 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
- Tarikh: 4 Julai 2025 – 12 Julai 2025
- Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Kawasan Terlibat Lencongan Jalan Raya Secara Berperingkat: 15 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang & 3 Lebuh Raya Utama
- Tempoh Pelaksanaan:
| Raptai Pergerakan Motoked | 4 Julai 2025 (Jumaat) – 6 Julai 2025 (Ahad) |
| Penugasan Penuh | 7 Julai 2025 (Isnin) – 12 Julai 2025 (Sabtu) |
Hebahan Lencongan Jalan Raya Secara Berperingkat
Sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) 2025 yang akan berlangsung, beberapa lencongan dan penutupan jalan sementara akan dilaksanakan di sekitar ibu negara bagi memastikan kelancaran perjalanan delegasi serta aspek keselamatan sepanjang acara berlangsung.
Berikut adalah lokasi lencongan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang terlibat:
| Tarikh (Hari) | Masa | Lebuh Raya & Jalan Terlibat |
|---|---|---|
| 7 Julai 2025 (Isnin) | 7 Pagi – Selesai Ketibaan (Secara Berperingkat) | 1. Lebuh Raya KLIA 2. Lebuh Raya Elite (KLIA–Putrajaya) 3. Lebuh Raya MEX 4. Lebuh Raya KL–Seremban (Sg. Besi–Pusat Bandar) 5. Lingkaran Putrajaya 6. Jalan Istana 7. Jalan Damansara 8. Jalan Tun Abdul Razak 9. Jalan Ampang 10. Jalan Sultan Ismail 11. Jalan Bukit Bintang 12. Jalan Imbi |
| 8 Julai 2025 (Selasa) | 10 Pagi – Selesai Ketibaan; 5 Petang – Selesai Ketibaan | 1. Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee 2. Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee 3. Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee 4. Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang 5. Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng 6. Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC |
| 9 Julai 2025 (Rabu) | 7 Pagi – Selesai Ketibaan; 4 Petang – Selesai Ketibaan | 1. Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee 2. Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee 3. Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee 4. Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang 5. Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng 6. Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC |
| 10 Julai 2025 (Khamis) | 7 Pagi – Selesai Ketibaan; 5 Petang – Selesai Ketibaan; 7 Malam – Selesai Ketibaan; 10 Malam – Selesai Ketibaan | 1. Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee 2. Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee 3. Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee 4. Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang 5. Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng 6. Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC |
| 11 Julai 2025 (Jumaat) | 7 Pagi – Selesai Ketibaan | 1. Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee 2. Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee 3. Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee 4. Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang 5. Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng 6. Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC |
Kenderaan perdagangan dan kenderaan berat adalah disarankan agar tidak memasuki kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan jalan raya.
Saranan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya:
- Merancang perjalanan dengan lebih awal.
- Digalakkan menggunakan pengangkutan awam.
- Elak menggunakan laluan-laluan yang terlibat dan menggunakan jalan-jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
- Patuhi arahan petugas trafik di lapangan.


Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai maklumat terkini berkenaan laluan trafik jalan raya sempena Mesyuarat ASEAN 2025, anda boleh semak menerusi Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau melalui Malaysia Highways Traffic Cameras (Live CCTV).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



