Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuepacs Mohon Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan

Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan telah dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1200 kepada RM1800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Isu gaji minima sangat hangat diperkatakan di kalangan orang ramai dan media massa pada masa kini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minima akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela.

Beliau yang menyifatkan gaji minima sebanyak RM1500 agak rendah berkata, majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.

“Dalam mesyuarat kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani.

Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata, isu pelaksanaan gaji minima akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.

Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan

Perintah gaji minima dengan kadar minimum RM1500 sebulan telah berkuat kuasa bermula 1 Mei 2022 tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, kali terakhir kenaikan gaji minima penjawat awam adalah pada tahun 2016 iaitu sebanyak RM1200.

“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1900 jauh daripada sasaran menjelang 2025. Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup. Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minima sektor swasta sebanyak RM1500,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Presidennya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.

“Terima kasih juga kepada kerajaan yang cakna dengan upah penjawat awam dari kalangan gred bawahan,” katanya.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, pelaksanaan gaji minima sewajarnya dikaji semula. Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan agar ianya lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini.

“Pemantauan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minima supaya majikan tidak culas,” katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC.

Melalui pengumuman kerajaan berkenaan perancangan menaikkan kadar gaji minima ini, iaitu Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan adalah bagi tujuan membantu menjaga kebajikan para pekerja di samping faktor taraf kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini.

Penetapan gaji minima sebelum ini hanyalah RM1200 sahaja yang mana pihak kerajaan telah ubah dan menaikkan gaji minima kepada RM1500.

Oleh itu, jika gaji minima ditetapkan semula kemungkinan kadar kenaikan sebanyak RM300 yang mana telah digunakan sama seperti sebelum ini yang menjadikan kemungkinan kadar minima gaji baharu adalah sebanyak RM1700 – RM1800.

Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain. Justeru, jika Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan ini berkuat kuasa, ia pasti akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan penjawat awam kumpulan bawahan tersebut. Jadi, diharapkan Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan bagi membantu penjawat awam yang masih di fasa kesempitan kewangan untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Semoga usaha pihak kerajaan tentang Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1800 Sebulan ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More