Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Gangguan Orang Ketiga: Cara Buat Aduan ‘Perosak’ Rumahtangga (2023)

Gangguan orang ketiga sering dikaitkan jika berlaku masalah dalam rumahtangga antara suami dan isteri. Isu ini bukan isu baharu yang masyarakat sedang hadapi, namun saban tahun terlalu banyak kes yang menunjukkan rumatangga tidak dapat diselamatkan ekoran gangguan dari perosak ini, iaitu orang ketiga.

gangguan orang ketiga

Undang-undang Syariah Gangguan Orang Ketiga

Namun, tahukah kita bahawa terdapat undang-undang syariah bagi “orang ketiga dalam perkahwinan” atau “gangguan orng ke-3” di mana kita boleh membuat aduan sekiranya menjadi mangsa.

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).

Kenyataannya adalah;

“Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.”

gangguan orang ke-3

Dalam kalangan kenalan kita mungkin ramai yang masih tidak tahu akan perkara ini. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada mereka yang sedang diganggu oleh orang ketiga ini untuk segera bertindak dengan segala bukti yang ada.

Tindakan kita sebenarnya bakal meyelamatkan lebih banyak perkahwinan dan juga memberi kesedaran atau balasan terhadap mana-mana individu yang suka menganggu rumahtangga orang lain.

Siapakah Orang Ketiga

Menurut Peguam Syari’e dari website Abdul, Low And Partners, tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang ketiga adalah pihak yang cuba untuk mengeruh, mengganggu serta meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan. Orang ketiga ini termasuklah:

  1. Ahli keluarga sendiri seperti ibu bapa, adik beradik, ipar duai dan sebagainya;
  2. Kekasih atau bekas kekasih;
  3. Rakan, rakan sekerja atau majikan;
  4. Jiran.
  5. Dan lain-lain.

Apakah Perbuatan Yang Dianggap Sebagai Gangguan Orang Ketiga

Berdasarkan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, terdapat beberapa bentuk kesalahan yang boleh didakwa sebagai gangguan orang ketiga iaitu:

  • Memujuk lari atau membawa pergi atau mempengaruhi perempuan bersuami supanya meninggalkan rumahtangga;
  • Menghalang pasangan suami isteri yang sah daripada hidup sebagai suami isteri;
  • Menghasut, memaksa, memujuk suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.

Menurut dari infografik yang dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), terdapat seksyen 32, 33 dan 34 yang boleh dihukum.

gangguan orang ketiga

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Ada Gangguan Orang Ketiga

Boleh membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam di negeri Encik/Puan bermastautin. Hal ini adalah kerana kesalahan-kesalahan ini adalah termasuk dalam kategori kesalahan jenayah syariah dan hanya Pendakwa Syarie yang mempunyai bidangkuasa untuk memulakan kes jenayah.

Bahagian Penguatkuasaan akan meneruskan siasatan terperinci jika terdapat bukti yang kukuh berkenaan aduan tersebut dan seterusnya mendakwa pihak ketiga tersebut di Mahkamah Syariah.

Maklumat Yang Diperlukan Sebelum Membuat Aduan

Sebelum membuat aduan gangguan orang ketiga di Jabatan Agama Islam, adalah disarankan agar  menyediakan bukti dan dokumen berkaitan aduan gangguan orang ketiga tersebut. Antara dokumen/bukti yang diperlukan ialah:

  • Maklumat diri orang ketiga;
  • Gambar yang membuktikan gangguan orang ketiga;
  • Screenshot mesej/perbualan antara pasangan dan pihak ketiga;
  • Dokumen-dokumen lain seperti resit hotel, video, etc.

Cara Buat Aduan

Sekiranya anda menjadi mangsa gangguan orang ke-3 dan ingin membuat aduan, anda boleh kemukakannya melalui langkah berikut:

  1. Membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, jabatan agama Islam negeri yang berdekatan.
  2. Menjelaskan bentuk gangguan atau hubungan pasangan dengan orang ketiga dan kesannya terhadap rumah tangga.
  3. Mengemukakan bukti kukuh dalam bentuk dokumen atau saksi mengenai gangguan orang ketiga.
  4. Aduan yang dibuat oleh mangsa akan disiasat secara terperinci oleh Pegawai Penguatkuasa dan jika ada bukti kes akan didakwa di Mahkamah Syariah.
  5. Jika disabitkan bersalah, orang ketiga tersebut akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan dalam undang-undang berkaitan

Penutup

Justeru, jika pernah diganggu atau tahu ada kenalan yang sedang diganggu oleh orang ketiga, pastikan mangsa mengetahui hak yang sepatutnya.

Jangan biarkan perosak mengambil kesempatan di atas kepolosan kita hinggakan banyak hati yang terluka, terutama anak-anak dan keluarga. Moga sesiapa sahaja yang sedang melalui ujian ini bertabah dan bersabar serta bertindak segera mengikut lunas undang-undang yang sepatutnya.

Namun, jika terjadi perkara tidak diingini seperti terlerainya sebuah ikatan perkahwinandisebabkan gangguan orang ketiga atau lain-lain, jangan terus menunduk lemah. Bangkit dan jalani kembali kehidupan dan dapatkan BANTUAN untuk anda melalui saluran yang sepatutnya.

Semoga dipermudahkan!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More