Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL B40 2022 (KISS)

Permohonan Bantuan Ibu Tunggal B40 2022(KISS) kini dibuka untuk permohonan. Bantuan ini ialah bantuan yang diberikan kepada ibu tunggal sebanyak RM200 sebulan untuk membeli barangan keperluan asas seharian.

 bantuan ibu tunggal

APAKAH ITU BANTUAN IBU TUNGGAL B40 2022 (KISS)?

Kerajaan Selangor telah mengumumkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

KISS merupakan sebuah program untuk membantu para ibu dan ibu tunggal dari golongan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.

Setiap ibu atau ibu tunggal yang layak akan menerima Kad KISS dan boleh terus membeli barangan keperluan dengan hanya scan kad (cashless) di kedai atau pasaraya yang terpilih.

BANTUAN IBU TUNGGAL

APAKAH BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG TERLIBAT?

Antara barangan keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan ini ialah :

  • Daging, ayam, ikan
  • Beras
  • Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
  • Produk tenusu
  • Mee dan bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan garam
  • Rempah ratus
  • Sos, kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
  • Barangan persekolahan

SENARAI KEDAI YANG TERLIBAT :

Berikut adalah senarai kedai-kedai yang terlibat dengan program KISS :

APAKAH SYARAT KELAYAKAN KISS?

Antara syarat kelayakan untuk para ibu memohon bantuan RM200 sebulan ini adalah :

  1. Mestilah berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  4. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
  5. Ibu tunggal yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  6. Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?

Mereka yang berminat dan layak untuk memohon bantuan ini boleh memohon secara manual (offline) dan juga online.

1- Permohonan Secara Manual

  • Muat turun Borang KISS seperti di bawah;
  • Lengkapkan borang dan isi maklumat yang diperlukan;
  • Borang yang telah lengkap boleh diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor;

2- Permohonan Secara Online

  • Boleh mohon secara online di Permohonan KISS Selangor;
  • Lengkapkan borang dan isi maklumat yang diperlukan;
  • Anda juga boleh menyemak kelayakan untuk berdaftar sebagai peserta program KISS;

BANTUAN IBU TUNGGAL

BANTUAN IBU TUNGGAL

MAKLUMAT LANJUT:

Jika memerlukan bantuan mengenai Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), anda boleh terus menghubungi pihak pengurusan di talian :

Akhir kata, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu para ibu tunggal yang banyak memainkan peranan dalam mengurus hal ehwal rumah tangga, mendidik dan membesarkan anak-anak seorang diri.

Semoga program bantuan ibu tunggal ini dapat meringankan beban kos sara hidup lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara yang terjejas kebelakangan ini akibat covid-19 dan juga banjir besar.

Anda juga boleh memohon Bantuan Banjir Sehingga RM 61,000 Sekeluarga untuk membantu meringankan beban sekiranya anda terjejas dengan banjir baru-baru ini.

 

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More