Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam Dibuka 1 Mei 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Permohonan Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam yang kini telah dibuka mulai 1 Mei 2025.

Isi Kandungan

Apa Itu Gantian Cuti Rehat?

Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.

Award wang tunai GCR adalah wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan apabila bersara kelak.

Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagaimanakah pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR ini dilaksanakan?

1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari

*Imbuhan Tetap Jawatan Utama, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan

Rujuk Surat Edaran Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR Penjawat Awam Tahun 2025 untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut yang terkini.

Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2025

Pada Belanjawan 2023, kadar maksimum pengumpulan GCR dinaikkan daripada 160 hari kepada 180 hari. 

Perubahan ini masih berkuat kuasa pada 2025 melainkan terdapat pinda baru yang diumumkan Kerajaan.

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:

  • Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.
  • Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari.
Permohonan Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam Dibuka 1 Mei 2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan Gantian Cuti Rehat

Penjawat awam layak menebus sehingga 90 hari GCR secara awal sebelum bersara jika memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mendapat Kelulusan Ketua Jabatan.
  2. Tempoh perkhidmatan minimum 15 tahun.
  3. Umur sekurang-kurangnya 45 tahun.
  4. Jumlah GCR terkumpul ≥90 hari.
  5. Bebas tindakan tatatertib atau jenayah.

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun.
  2. Pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari.
  4. Bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.
  5. Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.

Cara Membuat Permohonan Gantian Cuti Rehat 2025

Hanya pegawai yang memenuhi syarat di bawah MyPPSM PP.1.3.4 layak memohon.

Permohonan Gantian Cuti Rehat bagi tahun 2025 secara hard copy (berserta dokumen sokongan) boleh dibuat ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 September 2025.

Permohonan dalam talian melalui Sistem Award GCR ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak, kerana masih berkait dengan proses kemaskini dalam Sistem HRMIS.

Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,

  1. Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS; dan
  2. Ketua Jabatan akan meluluskan permohonan pegawai menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan bersama-sama permohonan adalah seperti berikut:

  • 1 Salinan Rekod Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
  • 1 Salinan Kenyataan Cuti
  • 2 Salinan Penyata Kiraan Cuti.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan.
  • 1 Salinan Surat Permohonan Pesara / Waris.

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan Gantian Cuti Rehat ini, sila rujuk Portal Rasmi JPA atau boleh terus diajukan ke talian 03 – 8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke alamat [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More