Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Harga Minyak Semasa Ron 95, Ron 97 Dan Diesel

Harga minyak semasa sering kali berubah mengikut keadaan politik semasa. Berikut adalah senarai harga jualan runcit produk petroleum bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel yang telah ditetapkan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuatkuasa 28 mac 2020 sehingga 3 april 2020.

harga minyak semasa
Harga Minyak Semasa Pada Ketika Ini.

Harga minyak semasa boleh diperolehi di lawan sesawang rasmi Kementerian Kewangan. Boleh rujuk disini. Mari kita lihat pula perbandingan harga petrol sebelum ini pula.

TarikhRon 95Ron 97Diesel
7 hingga 13 Mac1.892.191.96
14 hingga 20 Mac1.822.101.87
21 hingga 27 Mac1.441.741.75
28 hingga 3 April1.381.681.68
harga minyak semasa
Harga Minyak Semasa Bermula Mac 2020

Harga Minyak Semasa Pada 2018

Sebelum ini Harga Petrol RON95 dan Diesel diberikan subsidi manakala Harga Petrol RON97 ditetapkan berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan disemak secara bulanan bermula 1 September 2018. Terkini mulai 1 Januari 2019, harga jualan runcit produk petroleum akan dikembalikan secara mingguan menggunakan “weekly managed float system”

Ini berikutan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. Dengan itu pengguna boleh menikmati perubahan harga petroleum yang lebih cepat selari dengan perubahan harga pasaran dunia. Jika harga minyak dunia terus menurun, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu

Namun jika harga minyak dunia naik, harga RON95 dan Diesel akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter dan RM2.18 masing-masing. Pengekalan harga ini adalah sehingga pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dijalankan pada 2019.

PAKAR ekonomi berpendapat harga minyak yang susut ketika ini adalah kerana wabak koronavirus (COVID-19) menyerang ekonomi di China dan impaknya yang terus merebak di seluruh dunia sehingga kini.

Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, COVID-19 menyebabkan permintaan minyak dunia mengalami kejatuhan.

“Permintaan minyak global telah terjejas oleh COVID-19 dan banyak negara mengambil keputusan untuk menyekat perjalanan udara, malah penduduk dunia juga memilih untuk tidak mengembara.

“Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut menjangkakan harga minyak kekal pada tahap rendah kerana kesan daripada COVID-19.

“Wabak ini telah memperlahankan ekonomi dunia dan mengurangkan penggunaan pengangkutan. Keadaan itu sekali gus turut mengurangkan permintaan terhadap penggunaan minyak,” katanya.

 

Negara kini dilanda wabak covid-19, harga minyak semakin menurun. Anda jangan gembira dahulu, mari kita lihat apa kesannya kepada ekonomi negara kita.

Penurunan harga minyak mentah dunia akan turut menurunkan harga produk
petroleum, seperti bahanapi dan barangan petrokimia. Kemungkinan besar pengguna
tidak akan menambahkan kuantiti penggunaan disebabkan penurunan harga, tetapi
mereka akan mempunyai lebihan wang yang boleh dibelanjakan untuk barangan lain.
Ini bermakna, pendapatan boleh guna oleh pengguna akan meningkat. Kesan
bersihnya, jumlah perbelanjaan pengguna juga akan meningkat.

Hasil kerajaan dari sumber petroleum berkurangan dengan penurunan harga minyak,
yang akan mempengaruhi perbelanjaan kerajaan. Sekiranya kerajaan berbelanja
seperti perancangan asal walaupun dengan pengurangan hasil sudah tentu hutang
kerajaan akan meningkat.

Dari sudut positif harga runcit minyak terutama RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.

Situasi itu akan akan menyebabkan kadar inflasi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik.

Dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong.

Bagi sektor perlombongan, MIDF Research berkata, pihaknya berpandangan yang sektor terbabit akan terus perlahan ditengah-tengah permintaan yang lemah dan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

“Pertumbuhan perlahan di dalam sektor perlombongan akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan ketara disebabkan oleh kandungan nilai tambahnya yang tinggi.

“Pada tahap ini kami menjangkakan yang pertumbuhan KDNK akan berada di bawah tekanan pada tahun 2020,” katanya.

Dunia kini menghampiri kekurangan bekalan minyak mentah yang disebabkan banyak faktor. Antaranya adalah disebabkan perang yang berlaku diantara Russia dan Ukraine. Ianya juga adalah disebabkan faktor bahan mentah itu sendiri yang kini menghampiri penghujungnya. Semoga semakin banyak negara yang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More