Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kuarantin Covid 19

Bantuan Khas Kuarantin Covid 19 adalah satu bentuk bantuan khas secara tunai kepada mereka yang menepati syarat-syarat ditetapkan oleh NADMA. Bantuan ini khasnya untuk mereka yang terjejas pendapatan ketika menjalani kuarantin COVID-19 sebelum tarikh 31 Mac 2022.

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Khas Kuarantin Covid-19?

Bantuan Khas Kuarantin Covid 19
Gambar Hiasan Sumber Berita Harian Online

Sejak negara berada dalam situasi pandemik wabak COVID-19, ramai yang telah dijangkiti oleh virus ini dan selain kesihatan terjejas, ada yang telah terganggu pendapatan mereka apabila mereka perlu menjalani kuarantin serta memulihkan kesihatan mereka. Pejabat Perdana Menteri menerusi Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) telah mewujudkan satu bentuk bantuan khas kuarantin Covid-19 bagi mereka yang bekerja namun telah kehilangan sumber pendapatan, atau tidak dibayar gaji apabila menjalani tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian COVID-19.

Bantuan Khas Kuarantin COVID-19
Contoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Mysejahtera

Mereka yang layak boleh membuat permohonan untuk Bantuan Khas Kuarantin COVID-19 ini melalui NADMA, dan bantuan akan disalurkan daripada Tabung COVID-19. Tabung ini telah dilancarkan bagi memberi Bantuan Khas Kuarantin COVID-19 kepada rakyat yang telah dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), ataupun mereka yang telah menjalani rawatan di wad hospital yang termasuk dalam senarai hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.

Bantuan Khas Kuarantin COVID 19

 

Semakan Status Permohonan

Untuk menyemak status permohonan Bantuan Khas Kuarantin COVID-19 anda, layari laman sesawang berikut:

Semak disini : https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

 

Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Khas Kuarantin COVID-19

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Khas Kuarantin COVID-19?

Syarat utama bagi melayakkan anda untuk memohon bantuan ini adalah Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia namun telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).
  3. Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  4. Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
  5. Tarikh akhir permohonan  perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada  30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian, kerana ia membuatkan anda tidak layak memohon Bantuan Khas Kuarantin Covid-19 ini adalah:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19
  3. Tidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 / warded kerana COVID-19
  4. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Kuarantin COVID-19/ warded kerana COVID-19.

Berapakah Kadar Bantuan Khas Kuarantin COVID-19?

Kadar bantuan tunai yang akan diberi adalah sebanyak RM100/hari, dengan maksimum 14 hari.

Bantuan ini adalah tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas kuarantin COVID-19 ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Bagaimana Kaedah Untuk Memohon Bantuan Khas Kuarantin COVID-19?

Bagi memudahkan proses permohonan anda, ikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah:

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  3. Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), sertakan sekali muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
  • Permohonan haruslah disertakan dengan dokumen wajib berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  3. Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  • Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui dua cara:
  1. Melalui pos dialamatkan kepada;
    Ketua Pengarah
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA
    (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
  2. Secara atas talian di laman sesawang berikut: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Makluman Tambahan Permohonan

  • Pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan yang telah diisi dilengkapkan dengan pengesahan saksi.
  • Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera, anda diminta untuk mendapatkan pengesahan PKD/CAC.
  • Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas.
  • Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.
  • NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Apakah Kaedah Bayaran Bantuan Khas Kuarantin COVID-19?

Bayaran bantuan khas kuarantin COVID-19 ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan yang layak dan lengkap.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More