Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Pekerja 2024: Cuti Hari Buruh Negeri-Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Pekerja 2024 yang akan datang tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Apa Itu Hari Pekerja?

Hari Pekerja adalah cuti tahunan untuk meraikan pencapaian pekerja.

Hari Buruh berasal dari pergerakan kesatuan sekerja, khususnya pergerakan lapan (8) jam sehari, yang menganjurkan

  • lapan (8) jam untuk bekerja,
  • lapan (8) jam untuk rekreasi, dan
  • lapan (8) jam untuk berehat.

Bagi kebanyakan negara, Hari Pekerja adalah sinonim dengan atau dikaitkan dengan Hari Pekerja Antarabangsa, yang berlaku pada 1 Mei setiap tahun.

Bagi negara lain, Hari Pekerja disambut pada tarikh yang berbeza dan selalunya tarikh yang mempunyai kepentingan khusus untuk pergerakan buruh di negara itu.

Hari Pekerja adalah merupakan cuti umum di banyak negara.

Hari Pekerja 2024: Cuti Hari Buruh Negeri-Negeri Di Malaysia 1

Hari Pekerja 2024

Tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat sinonim dan bermakna bagi kesemua pekerja di Malaysia kerana ianya merupakan cuti khas bagi golongan pekerja.

Tidak kiralah kita sebagai pekerja di sektor awam, sektor swasta mahupun bekerja sendiri, ianya tetap menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan negara.

Sambutan Hari Pekerja 2024 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang akan dihadiri oleh lebih daripada 3,000 pekerja yang terdiri dari kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

YAB Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan beberapa Anugerah Hari Pekerja pada perhimpunan tersebut sebagai usaha menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara.

Pada tahun ini, 12 Anugerah akan dikurniakan kepada pekerja, majikan, kesatuan, media dan kontinjen.

Selain menyampaikan anugerah, YAB Perdana Menteri juga akan melancarkan Kerangka Dasar Sumber Manusia 2030.

Beberapa aktiviti sempena Hari Pekerja turut dirancang seperti

  • 4 Siri Pocket Talk, Larian Hari Pekerja,
  • Perhimpunan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan,
  • Khutbah Jumaat,
  • Forum Perdana, dan
  • Karnival Kerjaya yang menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dan pameran jabatan dan agensi Kerajaan.

Program-program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai hak dan tanggungjawab pekerja dan majikan, peluang pekerjaan serta kursus kemahiran teknikal yang ditawarkan kepada anak-anak muda.

Tema Hari Pekerja Tahun 2024 ialah ”PEKERJA KESUMA BANGSA” dan Logo Hari Pekerja 2024 bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.

Hari Pekerja 2024: Cuti Hari Buruh Negeri-Negeri Di Malaysia 2
Hari Pekerja 2024

Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.

Cuti Hari Pekerja bagi tahun 2024 adalah jatuh pada hari Rabu, bersamaan 1 Mei 2024 dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Johor.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Negeri Sembilan.
  • Pahang.
  • Perak.
  • Perlis.
  • Pulau Pinang.
  • Sabah.
  • Sarawak.
  • Selangor.
  • Terengganu.

Hari Pekerja Adalah Cuti Wajib Di Seluruh Negeri Di Malaysia

Tahukah anda, cuti hari buruh ini termasuk dalam 5 Hari Kelepasan Am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun untuk seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai seorang pekerja di bawah Seksyen 2, iaitu lima (5) Hari Wajib dan enam (6) Hari Pilihan Majikan.

Hari WajibHari Pilihan Majikan
1. Hari Keputeraan DYMM YDP Agong.
2. Hari Keputeraan DYMM Sultan / Wilayah Persekutuan.
3. Hari Pekerja.
4. Hari Kebangsaan.
5. Hari Malaysia.
Mana-mana enam (6) hari pilihan majikan, hari yang diwartakan sebagai Hari Kelepasan Am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti / Kelepasan Am 1951.

Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar. Sila rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.

Hari Pekerja 2024: Cuti Hari Buruh Negeri-Negeri Di Malaysia 4
Hari Pekerja 2024

Semoga perkongsian tentang Hari Pekerja 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

Selamat Hari Pekerja, Selamat Bercuti!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More