Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuti Umum 2024 Di Malaysia

Pasti ada yang ingin merancang cuti bersama keluarga dan sebagainya untuk tahun 2024. Oleh itu, berikut dikongsikan senarai cuti umum 2024 untuk makluman dan rujukan bersama.

Isi Kandungan

Senarai Cuti Umum 2024 Di Malaysia

Tarikh dan senarai cuti umum 2024 yang dinyatakan di bawah ini adalah untuk semua negeri (14 negeri di Malaysia) iaitu

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Selangor
  11. Terengganu
  12. Wilayah Persekutuan
  13. Sabah
  14. Sarawak
Cuti Umum 2024 Di Malaysia 1
Cuti Umum 2024

Boleh rujuk senarai cuti umum 2024 seperti ketetapan jadual di bawah.

TarikhSenarai Cuti Umum 2024
1 JanuariTahun Baru
25 JanuariHari Thaipusam
10 FebruariTahun Baru Cina
11 FebruariTahun Baru Cina
12 FebruariTahun Baru Cina
11 MacAwal Ramadhan
25 MacNuzul Al-Quran
10 AprilHari Raya Puasa
11 AprilHari Raya Puasa
1 MeiHari Buruh
22 MeiHari Wesak
3 JunKeputeraan Agong
7 JulaiAwal Muharram
31 OgosHari Kebangsaan
15 SeptemberMaulidur Rasul
16 SeptemberHari Malaysia
1 NovemberHari Deepavali
25 DisemberHari Krismas
Cuti Umum 2024

Akta Cuti Umum Atau Hari Kelepasan Am

Untuk makluman umum, berikutan Akta Kerja 1955, majikan boleh memilih 11 sahaja untuk diikuti tetapi jika lebih daripada itu tiada masalah. Dari 11 cuti tersebut, 5 daripadanya wajib diikuti iaitu

  • Hari Kebangsaan.
  • Hari Keputeraan YDP Agong.
  • Hari Keputeraan Raja-Raja / YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
  • Hari Pekerja.
  • Hari Malaysia.

Baki 6 cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka. Majikan wajib memaklumkan cuti-cuti yang dipilih ini kepada pekerja sebelum tahun baru bermula menerusi ‘circular’ di papan notis dan sebagainya.

Ini adalah berikutan Akta Hari Kelepasan Am 1951, cuti umum tambahan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am. Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti yang belum di wartakan atau cuti mengejut yang diberikan oleh Kerajaan.

Bolehkah Majikan Meminta Pekerja Berkerja Pada Hari Kelepasan Am Atau Cuti Umum Ini?

Walaupun majikan telah menetapkan hari-hari cuti yang pekerja layak mendapat cuti berbayar, namun ini tidak bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja bekerja pada cuti umum (hari kelepasan am) tersebut.

Namun, jika pekerja bekerja pada hari cuti umum (hari kelepasan am), maka pekerja layak mendapat upah yang lebih tinggi mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Di samping itu, jika pekerja ponteng sebelum atau selepas cuti umum (hari kelepasan am), pekerja boleh hilang kelayakan untuk mendapatkan cuti umum.

Kesan Bercuti Terhadap Kesihatan Fizikal Dan Mental

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa kesan bercuti terhadap kesihatan fizikal dan mental seseorang manusia antaranya adalah

  • Emosi lebih stabil.
  • Minda lebih tenang.
  • Kurang risiko sakit jantung.
  • Kualiti tidur meningkat.
  • Kualiti kesihatan umum meningkat.
  • Tingkat kreativiti pemikiran.

Justeru, kita semestinya perlu juga untuk bercuti daripada terlalu banyak bekerja supaya kesihatan dapat dijaga dengan baik dan selalu sihat fizikal dan mental untuk meneruskan kehidupan harian.

Cadangan Aktiviti Ketika Cuti Umum

Disamping itu, kami juga ingin mencadangkan untuk anda 10 aktiviti berfaedah dan menarik yang boleh dilakukan ketika cuti antaranya adalah

  1. Melancong dan bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia atau luar negara.
  2. Bersukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan.
  3. Melawat nenek dan datuk di kampung.
  4. Melakukan kerja amal seperti mengikuti aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh mana-mana agensi dan sebagainya.
  5. Mengulangkaji pelajaran bersama anak-anak.
  6. Belajar berniaga untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pendapatan harian.
  7. Belajar menggunakan teknologi yang belum diketahui.
  8. Menghadiri kelas bahasa untuk menambahkan ilmu bahasa untuk kegunaan akan datang.
  9. Menyertai kem ibadah atau motivasi untuk menambahkan ilmu agama.
  10. Melakukan aktiviti kekeluargaan seperti masak bersama keluarga, berkelah dan sebagainya.

Kesimpulannya, semoga perkongsian cuti umum 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana dan dapat membantu untuk merancang percutian anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More