Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Helikopter Terputus Hubungan Selepas Berlepas Dari Lapangan Jam 12:16 Tadi

Ipoh: Helikopter Terputus Hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara itu dimaklumkan dan disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) kepada beliau.

Helikopter Terputus Hubungan

“Sebuah helikopter syarikat swasta yang terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 11.37 pagi dan terdapat seorang juruterbang dalam helikopter berkenaan.

“Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh pada jam 12.37 tengah hari.

“Helikopter telah hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada pukul 12.16 tengah hari tadi,” katanya.

Beliau berkata, CAAM dengan kerjasama polis mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan lokasi sebenar helikopter berdasarkan kepada prosedur yang ditetapkan.

Menurutnya, satu kenyataan penuh akan dikeluarkan kelak oleh CAAM.

Sumber: Harian Metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More