Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Himpunan Buku Panduan Pengurusan Unit Beruniform Di Sekolah

Himpunan Buku Panduan Pengurusan Unit Beruniform ini bertujuan untuk memberi idea serta panduan khususnya buat para guru sekolah.

Buku Panduan Pengurusan Unit Beruniform ialah dokumen yang memerincikan garis panduan khusus untuk guru-guru yang telah dilantik sebagai jurulatih dan guru pembimbing unit-unit yang dikhaskan.

Unit beruniform berfungsi mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya dapat mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan.

Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama iaitu pembabitan, penyertaan dan prestasi, justeru, semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan mereka mendapatkan skor setimpal bagi penyertaan atau pencapaian dalam aktiviti berkaitan.

Dapatkan himpunan buku panduan pengurusan unit beruniform di sini untuk dijadikan sebagai panduan.

Isi Kandungan

Dapatkan “Himpunan Buku Panduan Pengurusan Unit Beruniform” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila Download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

Definisi Unit Beruniform

Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakanmengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

Objektif

Guru-Guru dan murid-murid akan:

  • Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah.
  • Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan.
  • Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin.
  • Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

Pasukan Badan Beruniform Di Sekolah

Jenis pasukan badan beruniform yang ada di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

  • Pasukan badan beruniform agensi kerajaan
  • pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan
  • pasukan badan beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia
  • pasukan badan beruniform yang diluluskan oleh pendaftar

Pasukan badan beruniform agensi kerajaan terdiri daripada pasukan-pasukan yang ditubuhkan di sekolah dan mempunyai badan induk yang merupakan agensi kerajaan. Pasukan Badan Beruniform ini hanya ditubuhkan di sekolah menengah sahaja kerana sebahagian besarnya mempunyai syarat had umur untuk menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada :

  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat ( PKBM Darat )
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut ( PKBM Laut )
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara ( PKBM Udara)
  • Pasukan Kor Kadet Polis
  • Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
  • Pasukan Kadet Pertahanan Awam
  • Pasukan Kadet Koreksional

Pasukan Badan Beruniform agensi bukan kerajaan pula merupakan pasukan badan beruniform yang mempunyai badan induknya yang merupakan pertubuhan agensi bukan kerajaan ( NGO ), pasukan-pasukan ini terdiri daripada :

  • Persekutuan Pengakap Malaysia
  • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Persatuan Pandu Puteri
  • Pergerakan Puteri Islam
  • Persatuan St. John Ambulans

Pasukan Badan Beruniform ini ditubuhkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah.

Sementara Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah pasukan badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Pasukan tersebut terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) yang ditubuhkan untuk murid-murid sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan untuk murid-murid sekolah rendah.

Selain daripada tiga kategori di atas terdapat juga pasukan badan beruniform yang dikategorikan sebagai pasukan yang diluluskan oleh pendaftar. Antaranya adalah pasukan pancaragam yang ditubuhkan di sekolah serta Seni Bela Diri seperti Taekwondo, Wushu, Judo, Seni Silat, Karate, Silamban dan lain-lain. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97)

himpunan buku panduan pengurusan unit beruniform

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Himpunan Buku Panduan Pengurusan Unit Beruniform Di Sekolah ini membantu anda.

Terima Kasih.

Anda juga mungkin berminat :

Permohonan Biasiswa Universiti Nottingham

Penutupan Sekolah | Kementerian Pendidikan Ambil Kira Nasihat PKD

10 Telefon Pintar Terbaik 2020

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More